Linda Rafar Bercerai?

Linda Rafar Bercerai? | Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37, mendakwa suaminya Syed Aiman, 40, melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi.

Linda Rafar Bercerai?

Linda ketika dihubungi Harian Metro berkata, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.

“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya.

"Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma," katanya yang kini hamil tiga bulan.

Linda berkata, dia akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.

Terdahulu, Linda memuat naik gambar memaparkan pasangan berkahwin dengan coretan ‘Awalnya, semua begitu indah. Nyatanya, tak seindah di awal’ berserta logo bertulis ‘Akte Cerai’ di Instagram, pagi tadi.

Bekas anggota Elite itu turut meletakkan ‘emoji’ atau lambang hati yang sudah terbelah.

Linda Rafar Bercerai?

Sementara itu, Syed ketika dihubungi menafikan rumah tangganya berdepan bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda di Instagram.

"Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa," katanya.

Menurut Syed, mustahil rumah tangga mereka kini bermasalah kerana Linda sedang hamil anak ketiga.

sumber
http://ift.tt/1i9GOO6

0 Response to "Linda Rafar Bercerai?"

Catat Ulasan