Keluarga Suspek Curi Lembu Mahu Lantik Peguam | Keluarga salah seorang remaja yang dipukul kerana didakwa terbabit mencuri lembu di Felda Jengka 17 di sini bercadang untuk melantik peguam bagi membersihkan nama baik keluarga mereka.
Azaki Hasan, 44, bapa kepada mangsa iaitu Mohd. Alif berkata, ahli keluarganya yang lain turut bersetuju untuk merujuk kes ini kepada peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit setelah rakaman video perbuatan tersebut menjadi viral di media sosial.
Dia yang merupakan seorang peniaga di Felda Jengka 8 berkata, anaknya telah dibenarkan keluar hospital semalam selepas menerima rawatan akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki ketika memasuki kawasan ladang lembu bersama-sama seorang rakan yang masih dirawat di Hospital Jengka.
"Saya amat kesal kerana anak saya dan rakannya dipukul begitu teruk seolah-olah negara ini tiada undang-undang sehingga menyebabkan mereka dimasukkan dalam wad.
"Perbuatan sekumpulan lelaki itu membuktikan mereka tidak bertamadun bukan sahaja mendera secara fizikal tetapi juga memaksa mangsa makan tahi lembu," katanya ketika di kedai miliknya.
Azaki turut kesal dengan tindakan zalim sekumpulan lelaki itu memukul Mohd. Alif dan rakannya hanya disyaki mencuri lembu sedangkan tiada lembu dijumpai mereka.
"Mohd. Alif dan rakannya itu pergi ke ladang ternakan lembu di Felda Jengka 17 atas urusan lain tetapi mereka dituduh mencuri lembu tanpa usul periksa.
"Tindakan melampau sekumpulan lelaki itu memukul dengan teruk dan memaksa mangsa makan tahi lembu adalah satu perbuatan yang melampau dan tiada sifat kemanusiaan," jelasnya.
Tambahnya, anak keduanya itu masih lagi lemah dan trauma.
"Ketika ini dia banyak tidur dan 'mamai' kesan daripada pelbagai jenis ubat hasil rawatan kecederaan yang dialami," katanya.
Dia mengakui tidak sanggup melihat rakaman perbuatan hina sekumpulan lelaki terhadap anaknya di laman sosial yang menjadi tumpuan seluruh negara.
"Namun, saya yakin pihak polis profesional dalam membuat siasatan bagi mendakwa sekumpulan lelaki yang bertindak di luar batasan," katanya.
sumber
http://ift.tt/1JtsvxT

0 Response to "Keluarga Suspek Curi Lembu Mahu Lantik Peguam"
Catat Ulasan