Meskipun sudah meningkat usia tetapi baru-baru ini namu dilihat pelakon yang popular dari era 90-an , Nor Albaniah cukup berani tampil berbikini menampakkan sebahagian perutnya yang terdedah.
Melihat aksi pelakon Cinta Ibadah itu menerusi foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. Amboi bukan main seksi lagi Nor Albaniah.
Menerusi foto itu kelihatan dia sedang bercuti di sebuah pulau. Pulau mana tak pastilah pula.
Tapi yang pastinya Nor Albaniah memang teruk kena hentam menerusi sebuah akaun Instagram milik seseorang yang sering memaparkan gosip terkini artis Malaysi kerana dikatakan sanggup berbikini di usia yang sudah senja itu.
Malah menerusi foto itu juga ramai pengikutnya mengecam tindakan pelakon tersebut yang disifatkan sebagai tidak sedar diri.
Admin tidak berani untuk komen apa-apa kerana semua orang ada hak masing-masing untuk tampil berpakaian dalam apa keadaan sekalipun, namun pada waktu yang sama sebagai seorang pelakon atau public figure, Nor Albaniah adakalanya perlu peka dengan keadaan semasa dan sensitiviti masyarakat kita.
Nor Albaniah menganggap hinaan pengikut laman sosial terhadap penampilan seksinya kerana mereka tidak mengenali dia sebagai pelakon zaman 90-an yang sudah sinonim berimej sedemikian.
Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 45, berkata, kebanyakan yang mengutuk tentang imejnya itu merupakan generasi baharu.
"Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi.
"Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian," ujarnya. -Murai, Mstar

0 Response to "10 Gambar : Nor Albaniah tetap cantik dan S-eksi di usia 40 tahun walaupun dikutuk "
Catat Ulasan