Wanita Di Tahan, Curi Barang Kemas Ibu Kerana Nak Kahwin

Wanita Di Tahan, Curi Barang Kemas Ibu Kerana Nak Kahwin | Seorang wanita ditahan kelmarin, selepas disyaki mencuri barang kemas ibunya sebelum diserahkan kepada teman lelakinya untuk digadai bagi membolehkan mereka berkahwin, April lalu.

Wanita Di Tahan, Curi Barang Kemas Ibu Kerana Nak Kahwin

Wanita berusia 30 tahun itu ditahan di Kuantan, Pahang kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dengan bantuan IPD Kuantan.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, seorang wanita berusia 60-an yang juga ibu suspek membuat laporan polis berhubung kehilangan barang kemas dalam simpanannya di rumah di Jalan Buloh Kasap, Segamat, pertengahan April lalu.

Katanya, dalam kejadian itu pengadu mendakwa kehilangan cincin emas dan rantai leher serta mengesyaki ia dilakukan anak perempuannya yang turut lesap dan tidak dapat dihubungi pada hari sama.

“Siasatan yang dilakukan kemudiannya mengesan anak perempuan pengadu di Kuantan dan dengan kerjasama rakan sejawatan di sana, kami berjaya menahan dan membawanya pulang ke daerah ini, kelmarin.

sumber
http://ift.tt/1cPko0Z

0 Response to "Wanita Di Tahan, Curi Barang Kemas Ibu Kerana Nak Kahwin"

Catat Ulasan