Ella & Jojie Galak Tasha Shilla Buat Laporan Polis

Ella & Jojie Galak Tasha Shilla Buat Laporan Polis | Berikutan dari penyembaran gambar selfie separuh bogel yang dikatakan mirip aktres Tasha Shilla, penyanyi Ella yang pernah lalui perkara sama memberi nasihat buat pelakon tersebut.

Ella & Jojie Galak Tasha Shilla Buat Laporan Polis

Tambah Ella, berkata perkara itu sangat serius dan jika ia merupakan fitnah, pelakon tersebut perlu membuat laporan polis dengan segera.

“Benda itu sangat mengaibkan. Kalau benda itu salah, buat saja laporan polis kerana itu jalan yang terbaik.

“Tasha jangan risau kalau betul gambar itu satu fitnah. Saya percaya awak akan menerima ganjaran yang lebih besar dari itu,” katanya.

Pada 2007 Ella dan kakaknya itu pernah melalui detik hitam selepas satu video kelakuan sumbang kononnya dilakukan di atas kapal dikatakan milik mereka berdua tersebar.

Kes tersebut kemudiannya dilaporkan kepada pihak polis dan individu bertanggungjawab melakukan video itu telah pun dikenakan hukuman.

Sementara itu, Jojie, 50, turut memberikan kata-kata semangat buat Tasha dan berharap aktres itu tabah mengharungi dugaan tersebut.

“Tasha tabahkan hati dan jika gambar itu bukan milik awak, tidak perlu risau serta banyakkan doa kepada Allah.

“Dulu kami ada buat laporan polis dan mereka cari sampai ke lubang cacing. Polis berjaya menahan individu terbabit tetapi kami tidak mahu sebarkan kerana akan mengaibkan dia pula. Hanya Allah yang dapat membalas,” katanya.

sumber
http://ift.tt/1fcAFPk

0 Response to "Ella & Jojie Galak Tasha Shilla Buat Laporan Polis"

Catat Ulasan