Pakaian Seksi, Wartawan Bengang Kena Pakai Kain Sarung

Pakaian Seksi, Wartawan Bengang Kena Pakai Kain Sarung : Kisah seorang wanita
diberikan kain sarung kerana tidak mematuhi kot etika pakaian ketika mahu berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi viral dalam media sosial baru-baru.

Pakaian Seksi, Wartawan Bengang Kena Pakai Kain Sarung

Akibatnya, agensi kerajaan itu dikritik hebat pelbagai pihak terutama pembangkang.

Hari ini berlaku lagi kejadian serupa tetapi di bangunan yang menempatkan pentadbiran kerajaan PKR Selangor di sini.

Kali ini melibatkan seorang wartawan wanita yang mahu membuat liputan sidang akhbar oleh seorang ahli Parlimen di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Wartawan New Straits Times, C. Premananthini 32, berkata, semasa mahu mengambil pas di kaunter keselamatan di pintu utama pada kira-kira pukul 9.30 pagi, seorang kakitangan keselamatan mengarahkannya menutup bahagian kaki dengan kain sarung atas alasan paras skirt yang dipakainya terlalu pendek.

“Saya tidak mahu mematuhi arahannya kerana paras skirt yang saya pakai melebihi bahagian bawah lutut lalu saya terus beredar.

“Saya kemudian mengikut pintu masuk lain (berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen) dan tidak berdepan sebarang masalah dengan anggota keselamatan di situ,” katanya.

Ketika berada di lobi bangunan SUK, dia juga diberikan pas lawatan serta dibenarkan ke bilik sidang akhbar.

Keadaan itu membuatkan Premananthini kesal kerana anggota keselamatan di situ tidak mengamalkan standard yang sama dalam menjalankan tugas.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi ketika ditemui dalam satu majlis di Istana Kayangan menjelaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan supaya mana-mana orang awam yang mengenakan pakaian mencolok mata diberikan kain sarung untuk menutup bahagian yang terdedah.

Walau bagaimanapun katanya, notis tentang kod etika berpakaian bagi urusan rasmi ada ditampal di bangunan berkenaan.

“Tiada arahan dikeluarkan (beri kain sarung kepada orang awam). Mungkin anggota keselamatan itu bertindak sendiri,” ujarnya.

sumber
http://ift.tt/1K7pItO

0 Response to "Pakaian Seksi, Wartawan Bengang Kena Pakai Kain Sarung"

Catat Ulasan