Putera Johor, Tunku Jalil disahkan menghadapi penyakit kanser hati dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan kerana mengalami jangkitan berulang.
Perkara itu disahkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi entri Facebook rasminya.
Dalam pada itu, Tuanku turut berkongsi gambar baginda bersama anakandanya sambil memegang erat tangan Tunku Jalil di atas kerusi roda.
Hanya bingkisan ringkas yang ditulis baginda iaitu “Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil sedang melalui rawatan setelah didapati jangkitan berulang”.
Dengan kesempatan itu juga, baginda juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mendoakan keadaan anakandanya itu serta memberi semangat.
Bagaimanapun, baginda tidak berkongsi lokasi hospital Tunku Jalil berada untuk menerima rawatan. Marilah kita-kita sama-sama mendoakan, kesihatan Tunku sihat seperti sedia kala. - Murai
0 Response to "Doa untuk Tunku Jalil yang masih jalani rawatan kanser hati"
Catat Ulasan