Anak bongsu kepada Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Nadim kesal apabila abangnya (berlainan ibu), Hang Tuah @ Shazrin mendedahkan kemelut keluarga mereka dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel PNB Darby Park di sini pada Jumaat.
Hang Nadim, 24, berkata, Hang Tuah sepatutnya bersemuka dengan keluarganya tanpa melibatkan pihak luar dalam apa juga isu berbangkit untuk berbincang secara baik.
"Saya tidak faham mengapa perlu melibatkan orang lain dalam hal keluarga? Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk menerima kunjungannya biarpun sudah empat tahun dia tidak datang menjenguk ayah.
"Hendak kata kami pernah menghalaunya sebelum ini tiada pula. Sepatutnya isu ini diselesaikan di antara kami sahaja," katanya.
![]() |
Hang Tuah |
Hang Nadim mengulas mengenai sidang media yang diadakan oleh Hang Tuah, 41, bagi memperbetulkan fakta dikeluarkan ibu tirinya, Puan Sri Halijah Abdullah dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar harian 5 Februari lalu.
Halijah dikatakan membuat kenyataan dengan mendakwa bekas Ahli Dewan Negara itu hanya mempunyai tiga orang anak menerusi dua perkahwinan.
Bagaimanapun Hang Tuah menegaskan dia adalah anak kandung seniman veteran itu yang sah hasil perkahwinan kedua bapanya dengan Jamilah Shukor pada tahun 1973.
Hang Nadim turut hadir pada sidang media berkenaan bersama beberapa ahli keluarga lain tanpa pengetahuan Hang Tuah.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Hang Nadim menyifatkan kenyataan ibunya lebih kepada sindiran selain apa yang diucapkannya itu kerana hatinya terluka dengan sikap Hang Tuah.
"Bayangkan perasaan orang tua sepertinya apabila seorang anak tidak datang menjenguk keluarga selama empat tahun selain senyap tanpa sebarang khabar berita.
"Apa yang dilafazkan ibu saya adalah semata-mata kerana terkilan dan tidak sepatutnya Hang Tuah meminta ibu saya memohon maaf kepadanya," ujar Hang Nadim.
Diminta mengulas mengenai penjelasan Hang Tuah mengenai dia adalah anak kandung Jins Shamsuddin, Hang Nadim berkata, dia tidak perlu menjawab perkara itu secara terbuka kepada media namun menganggap individu itu sebagai ahli keluarganya.- Mstar
0 Response to "Kemelut anak-anak Jins selepas dia tidak ingat apa-apa"
Catat Ulasan