Dalang Utama Rompak MT Orkim Harmony Di Kenalpasti | Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah menyenaraikan antara dua hingga tiga dalang yang dipercayai terbabit dalam kes rompakan kapal MT Orkim Harmony.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim, Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, dalang berkenaan dikenal pasti pernah membuat hubungan komunikasi dengan perompak kapal samada menerusi telefon satelit atau telefon berdaftar.
Beliau berkata, pihaknya juga mahu menyiasat samada dalang berkenaan pernah terbabit dalam beberapa kes rompakan kapal lain sebelum ini.
"Kami juga sedang mengenalpasti taraf kewarganegaraan dalang berkenaan namun, ia tidak mudah kerana mungkin mereka mempunyai banyak status kewarganegaraan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Katanya, setakat ini, proses siasatan kes rompakan MT Orkim Harmony sudah mencapai tahap 50 peratus dan siasatan penuh dijangka selesai sebaik lapan perompak yang ditahan sebelum ini diekstradisi ke Malaysia untuk membantu siasatan.
sumber
http://ift.tt/1dfxzZh

0 Response to "Dalang Utama Rompak MT Orkim Harmony Di Kenalpasti"
Catat Ulasan