Demi Ayah, Seorang Remaja Perempuan Sanggup Menjadi "Lembu"

Demi Ayah, Seorang Remaja Perempuan Sanggup Menjadi "Lembu" | Ketika rakan seusia dengannya sedang menikmati kehidupan remaja, seorang remaja berusia 15 tahun, terpaksa berkorban dengan meminta sedekah bagi meraih pendapatan merawat bapanya. Hao Dongdong, terpaksa 'bekerja' dengan cara meminta sedekah dengan memakai kostum lembu dan mengenakan bayaran 5 yuan untuk 'menunggangnya' bagi mengumpul duit bagi membiayai rawatan perubatan bapanya.

Demi Ayah, Seorang Remaja Perempuan Sanggup Menjadi "Lembu"

Bapanya, Hao Xinli mengidap penyakit tulang belakang ankylosing spondylitis yang menyebabkan dia lumpuh seluruh badan.

Memetik NetEase, Xinli sebelum ini bekerja sebagai seorang petani berpindah ke Hefei pada tahun 2000 dan bercadang untuk membuka kedai runcit kerana bahagian belakang badannya sering sakit menyebabkan dia tidak lagi berupaya untuk bekerja di ladang.

Namun, penyakitnya itu semakin kritikal selepas terjatuh ketika berebut-rebut untuk mengambil barangan percuma di sebuah promosi di bandar Hefei.

Insiden itu menyebabkan Xinli mengalami keretakan pada tulang belakang dan lehernya sehingga menyebabkan badannya lumpuh. Apa yang lebih menyedihkan, ibunya turut meninggalkan bapanya kerana tidak mampu berdepan dengan kesengsaraan yang dihadapi keluarganya itu.

Tindakan ibunya itu menyebabkan Dongdong terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dan terpaksa meninggalkan persekolahan dan bekerja siang dan malam untuk mendapatkan wang.

Remaja ini juga sering dituduh sebagai penipu oleh orang ramai yang lalu lalang ketika meminta sedekah malah dia pernah ditampar di muka oleh seorang lelaki mabuk yang menyangka dia cuba untuk menipunya.

Menurutnya lagi, perniaga tempatan juga sering menghalaunya kerana menganggap dia akan memberi nasib malang kepada peniagaan mereka. Walaupun sering diejek, namun ia tidak menghalang remaja itu untuk meneruskan usahanya itu dan kebiasaanya dia berjaya mengumpul 400 yuan sehari.

Sementara itu, bapanya berharap agar suatu hari nanti dia dapat berjalan semula dan tidak lagi membebankan keluarganya itu dan dapat menyekolahkan anaknya itu.

sumber

0 Response to "Demi Ayah, Seorang Remaja Perempuan Sanggup Menjadi "Lembu""

Catat Ulasan