2 Isteri Ashraf Muslim Kecewa Peminat Terus Kritik Keluarga

2  Isteri Ashraf Muslim Kecewa Peminat Terus Kritik Keluarga : Pelakon Ashraf Muslim, 34, memberitahu masyarakat masih lagi tidak berhenti mengkritik tindakannya berpoligami sehingga perkara itu menggores hati kedua-dua isterinya.

2 Isteri Ashraf Muslim Kecewa Peminat Terus Kritik Keluarga

Ashraf berkata, dua isterinya iaitu Noor Dayana Lokman, 28, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31, amat berkecil hati apabila pemilik media sosial iaitu netizen sering membuat perbandingan mengenai mereka berdua.

"Saya anggap ini dugaan untuk saya dan isteri-isteri. Tetapi kebanyakan kritikan telah mengguriskan hati mereka.

"Walaupun mereka faham suami mereka selebriti dan sudah bersedia menghadapi cabaran dan dugaan, tetapi disebabkan hati perempuan, macam mana pun mereka tetap akan sedih," katanya.

Tambah pelakon dan juga penerbit drama ini, sebagai seorang suami dia akan memujuk isteri-isterinya itu supaya tidak terlalu sensitif dengan hal berkenaan.

Malah Ashraf juga meminta mereka untuk tidak membaca komen-komen negatif tersebut sekiranya tidak mahu berasa sakit hati.

"Kita manusia, kadang-kadang ada rasa ingin tahu. Tetapi saya sudah pesan pada mereka jangan baca. Sebab komen-komen itu buatkan mereka sedih.

"Cuma sekiranya kutukan itu terlalu melampau, saya akan membalas balik komen berkenaan dengan cara yang berhemah. Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Apa-apapun saya anggap perkara tersebut adalah dugaan hidup berpoligami," ujarnya.

sumber
http://ift.tt/1FeCe41

0 Response to "2 Isteri Ashraf Muslim Kecewa Peminat Terus Kritik Keluarga"

Catat Ulasan