Kisah Wanita Berkain Sarung Di JPJ Viral Di Media Sosial

Kisah Wanita Berkain Sarung Di JPJ Viral Di Media Sosial : Akibat tidak mematuhi kod pemakaian yang sepatutnya untuk berurusan di JPJ, seorang wanita terpaksa memakai kain sarung atau tidak akan dilayan.

Kisah Wanita Berkain Sarung Di JPJ Viral Di Media Sosial

Melalui satu status yang dimuat naik oleh wanita terbabit Facebook, dia ke pejabat JPJ atas tujuan menukar nama kereta setelah menjual kereta berkenaan. Namun hasratnya itu menghadapi sedikit kesukaran apabila terpaksa memakai kain sarung untuk meneruskan urusan di pejabat JPJ.

Bersama status tersebut, wanita itu juga turut memuat naik beberapa gambar kejadian.

Menurut wanita itu, ketika dia berada di kaunter untuk mendapatkan nombor, dia diberikan kain sarung untuk dipakai.

"Ketika di kaunter nombor, mereka beri saya sehelai kain sarong untuk dipakai atau mereka tidak akan melayan saya", katanya dalam posting tersebut.

"Jadi, saya kelihatan seperti ini, sebuah beg! Hanya untuk duduk di hadapan cermin kaunter dimana hanya bahagian atas badan sahaja yang kelihatan kepada pegawai, saya tak tahu sama ada patut gelak atau menangis, katanya lagi.

Posting tersebut telah menjadi viral di media sosial dan mendatangkan pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

sumber
http://ift.tt/1MBlryx?

0 Response to "Kisah Wanita Berkain Sarung Di JPJ Viral Di Media Sosial"

Catat Ulasan