Sayu : Budak 7 tahun maut kereta ibu terjunam ke longkang

Ampang: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut manakala ibunya parah selepas kenderaan pacuan empat roda terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang empat meter di Persiaran Sering, Ukay Perdana, di sini, 9.40 malam tadi.

Kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Nur Istihar Balqis manakala ibunya, Nur Fatin Yakob, 26, parah selepas tercampak hampir tiga meter dari kenderaan yang dipandunya.
Al-fatihah adik Salam Takziah 
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Mohd Nizam Abd Razak, berkata, Nur Istihar Balqis ditemui pasukan penyelamat di tempat duduk belakang kenderaan manakala ibunya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang.

Difahamkan mangsa bersama anaknya baru sahaja meninggalkan kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini, sebelum kenderaan yang dipandu terbabas dan melanggar besi penghadang longkang.

"Satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan awam pada 9.47 malam," katanya kepada pemberita, malam tadi. Al fatihah - HM

0 Response to "Sayu : Budak 7 tahun maut kereta ibu terjunam ke longkang "

Catat Ulasan