Sayu : Akhirnya permintaan Adik Amira termakbul

Akhirnya Adik Amira diketemukan dengan Dato Siti Nurhaliza hari ini, Dato Siti meluangkan masa melawat adik amira di Taman Batu Muda hari ini.

Belum sempat lagi berbincang mengenai hal itu sebab terlalu ramai tetamu tapi saya dan suami akan beri bantuan untuk pendidikan mereka."
Demikian jawapan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengenai spekulasi yang mencadangkannya untuk memelihara dua anak mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Duke Sabtu lalu.
Siti, 36, berkata, dia dan suami akan membantu membiayai kos pendidikan dua kanak-kanak perempuan itu menerusi Yayasan Jiwa milik mereka.
"Selagi ada rezeki, insyaAllah kami akan cuba bantu biayai pendidikan dan apa yang diperlukan oleh mereka. Itu fokus kami.



"Kalau mengenai (cadangan) dijadikan anak angkat itu saya percaya tentu keluarganya mahu menjaga anak-anak ini," katanya yang ditemui di kediaman nenek dua beradik itu di di Taman Batu Muda, Gombak dekat sini, sebentar tadi.
Siti ditemani suami, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa dan pengurusnya Rozi Abdul Razak menziarahi Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, tujuh, dan adiknya Nur Firuza Aqila, empat, sebagai memenuhi impian Amira yang mahu bertemu idolanya.
Sementara itu Khalid berkata, walaupun belum ada perbincangan mengenai perkara itu dengan Siti, mereka tidak menolak jika dua beradik itu ditakdirkan menjadi anak angkat.
"Kami terima spekulasi ini secara positif dan hati terbuka. Tapi memang tak ada perbincangan lagi antara kami mengenai perkara itu.
"Sebab itu pada hari ini kami datang luangkan masa ziarah anak-anak ini dulu untuk tengok-tengok dulu. Tapi kalau betul pun (ambil anak angkat) prosesnya bukan semudah itu," katanya.
Penyebaran sebuah video Amira semalam yang mahu bertemu Siti mencetuskan spekulasi kononnya penyanyi itu bakal memelihara kanak-kanak itu dan adiknya sebagai anak angkat.
Kisah dua beradik itu mendapat perhatian meluas susulan kematian ibu bapa dan adik mereka yang terkorban dalam nahas di lebuh raya berkenaan membabitkan tiga kenderaan pada awal pagi Sabtu lalu. Foto B.Harian, HM

0 Response to "Sayu : Akhirnya permintaan Adik Amira termakbul "

Catat Ulasan