6 Gambar : Nahas Helikopter babitkan juruterbang wanita di KK

Kota Kinabalu: Juruterbang pelatih wanita, Fatin Nadeerah Mohammad Jeffrey, 21, beliau mengalami luka kecil pada kaki kanan dalam nahas helikopter di lapangan sasar Terminal Satu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Beliau yang ditemui berkata, terkejut dengan kejadian tersebut, namun bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan.




"Luka dikaki tidak dalam dan tidak membabitkan sebarang jahitan.

"Selain itu, saya juga mengalami lebam pada tangan kanan," katanya.

Fatin yang dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth tengah hari tadi, kini dilaporkan stabil dan dibawah pengawasan doktor. -HM TV3

Related Posts :

0 Response to "6 Gambar : Nahas Helikopter babitkan juruterbang wanita di KK "

Catat Ulasan