5 Gambar : Mayat polis pecut kereta terjun lombong di temui

Sepang : Mayat lelaki dipercayai pegawai polis ditemui pada kedalaman 15 meter dalam lombong di Taman Perindustrian Meranti Jaya, Puchong kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon, ketika dihubungi berkata mangsa dikhuatiri lemas selepas kenderaan jenis PROTON Waja milik Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang dipandunya terjunam ke dalam lombong berkenaan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata jarak dari tebing ke lokasi mangsa dijumpai adalah 20 meter.



Anggota penyelamat kemudian menaikkan mayat mangsa bersama kereta dari dalam lombong berkenaan pada jam 11.50 pagi menggunakan kren. "Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada forensik polis dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat," katanya. 


Semalam media melaporkan seorang individu dikhuatiri lemas selepas kenderaan milik Jabatan Narkotik, IPK Kuala Lumpur terbabas dan menjunam ke dalam lombong itu.- BH 

0 Response to "5 Gambar : Mayat polis pecut kereta terjun lombong di temui"

Catat Ulasan