Pengaja gol utama Kelantan Khairul Fahmi Che Mat beraksi cermelang malam tadi dalam dalam mempertahan kan pintu gol nya dari dibolosi pemain Selangor.
Apex yang sebelum ini teruk dikritik oleh peminat-peminat bolasepak Kelantan yang mana ramai yang menyatakan prestasi bekas penjaga gol utama negara itu telah merosot akibat kekalahan demi kekalahan pasukan Kelantan dalam Liga Super.
Namun malam tadi berhadapan Selangor yang mempunyai prestasi yang baik sepanjang liga super 2015 Apex terus berusaha dengan beraksi cermelang walaupun mengalami kecederaan pada kaki nya akibat pelanggaran dengan pemain Selangor.
![]() |
Panas di Padang akrab di luar |
Walaupun berlaku sedikit pertengkaran dengan pemain Selangor Afiq Azmi, Apex tenang mengatasi setuasi tersebut di samping rakan-rakan sepasukan dan rakan-rakan pemain Selangor menenangkan keadaan.
Keputusan sehingga 90 minit Kelantan berjaya menewaskan Selangor dengan 2-1, Kelantan mula mempamerkan detik kemenangan apabila membuka tirai jaringan pada minit kelima menerusi Gilmar Dos Santos Filho sebelum Selangor menyamakan kedudukan hasil sepakan kencang Mohd. Nazmi Faiz Mansor selang tujuh minit kemudian.
Pemain gantian, Mohd. Norfarhan Mohamad muncul wira The Red Warriors apabila menjaring kan gol kemenangan Kelantan pada minit ke-73, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan selepas tewas empat kali berturut-turut dalam aksi Liga Super. - BS
0 Response to "Video : Apex beraksi cermelang walaupun kesakitan"
Catat Ulasan