Kelana Jaya : Jemaah haji Malaysia, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak disahkan meninggal dunia dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, kelmarin.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pada sidang media khas mengenai tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram, di sini, sebentar tadi.
"Pasukan perubatan Tabung Haji (TH) dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar pada jam 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia).
"Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA sekiranya perlu," katanya.
Allahyarhamah antara lapan jemaah Malaysia yang hilang selepas kejadian yang mengorbankan nyawa 107 jemaah dan lebih 200 lagi cedera itu.
Sementara itu, Jamil Khir meminta waris yang lain terus bersabar dan berdoa kerana TH akan berusaha untuk terus mencari mangsa di hospital berdekatan serta memastikan proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.
"TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," katanya. Sementara itu, beliau berkata, lima jemaah yang cedera sudah dibenarkan pulang manakala lima lagi jemaah dilaporkan stabil dan masih mendapat rawatan di tiga hospital di Makkah. Al-fatihah Credit BH
Takziah buat keluarga arwah
BalasPadam