Pelakon Remy Ishak menjelaskan gosip mengenai dirinya sudah bertunang hanyalah salah faham.
Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Remy menyatakan dia menyedari ada komen dari pengikut di laman Instagram miliknya menyatakan dia bertunang.
Walhal sebenarnya ia adalah majlis pertunangannya adik bongsunya.
“Itu hanya salah faham. Memang saya perasan seorang pengikut saya di IG menulis komen saya bertunang dan peminat lain nampak jadi mereka terperanjat.
“Sebenarnya, adik lelaki bongsu saya yang bertunang dan akan berkahwin pada September ini,” katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaharu lakonannya, Pilot Cafe di Kuala Lumpur, semalam.
Remy dan Izara Aishah - Pilot Cafe |
Pelakon berusia 33 tahun itu mengulas laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini menyebut dia dalam diam sudah mengikat tali pertunangan dengan gadis.
Memberi reaksi terkejut ketika diajukan dakwaan itu, Remy menyatakan dia masih lagi belum bertemu dengan pilihan hatinya justeru buat masa ini tumpuannya hanya pada kerjaya.
Katanya, bukan tidak terfikir mahu mengakhiri zaman bujang tetapi sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, dia mahu mendahulukan adik-adiknya.
Dalam pada itu luah jejaka berkulit hitam manis ini lagi, dia sukar menemui pasangan kerana timbulnya persepsi dirinya sukar didekati wanita.
Akuinya, dia bukan seorang yang memilih sebaliknya mengimpikan seseorang yang boleh menerima dirinya sebagai orang biasa bukan atas nama seorang yang popular.
“Saya anak lelaki sulung, jadi tanggungjawab dan banyak hal tentang keluarga terletak di bahu saya.
“Biarlah adik-adik saya dulu yang berumah tangga, kemudian baru saya fikirkan tentang diri saya,” ujar anak kedua daripada empat beradik ini.
Akuinya, pandangan sesetangah pihak terhadapnya membuatkan dia sukar mendapat pasangan.
“Orang takut nak dekati saya disebabkan spekulasi negatif dan persepsi mereka terhadap saya.
“Hakikaktnya ramai orang apabila sudah kenal saya, mereka akan kata yang saya bukan seperti yang mereka sangkakan atau yang mereka pernah dengar mengenai perkara negatif tentang saya.
“Kalau perkara sebegitu masih lagi menghalang saya mencari pasangan sendiri sehingga usia semakin meningkat, saya akan serahkan pada keluarga untuk carikan calon isteri untuk saya,” katanya sambil tersenyum. Credit Suara TV
0 Response to "Remy Ishak kantoi berasmara atas batu"
Catat Ulasan