Setelah 5 tahun tanpa anak akhir nya Raja Farah dan suami bercerai ?

Kuala Lumpur : Pelakon, Raja Farah Raja Aziz sah bercerai talak satu dengan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah tadi.

Megat Bashirun Qhuyum, 30, melafazkan talak satu itu pada prosiding tertutup di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Pada prosiding itu, Raja Farah selaku plaintif diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz Roslan manakala Megat Bashirun Qhuyum tidak diwakili peguam.

Raja Farah, 27, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu pada 5 Mei lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pelakon utama filem Salon ini bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum, 30, pada 12 November 2010 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Terbaru dalam satu kenyataan kepada Berita Harian, Raja Farah mengakui sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta  tanggal 5 Mei lalu dan kes tersebut bakal dibicarakan pada hari ini.
Jelas Raja Farah, ini merupakan jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka kerana tiada lagi persefahaman. Malah, aktres tersebut dan suami tidak lagi tinggal sebumbung sejak dua bulan yang lalu. Suaminya berada di Kelantan dan Raja Farah pula sudah menetap di kediaman keluarganya di ibu kota sejak tempoh berkenaan.
Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok. Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini.
Bukan mudah untuk Raja Farah membuat keputusan untuk berpisah kerana sudah hampir lima tahun mereka melalui susah dan senang bersama meskipun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan.
Tiada siapa yang mahu menghadapi proses perceraian dan kembali untuk hidup bersendirian, tetapi jika sudah tiada cara lain untuk mengekalkan rumah tangga mungkin ini adalah yang terbaik. Kepada Raja Farah, kami yakin setiap yang berlaku ada sebab yang tertentu. Semoga anda tabah dan segalanya dipermudahkan pada masa hadapan. - HM, Beautifulnara

Related Posts :

0 Response to "Setelah 5 tahun tanpa anak akhir nya Raja Farah dan suami bercerai ?"

Catat Ulasan