Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sini menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan kepalanya dalam keadaan tergantung di tubuhnya.
Kanak-kanak itu, Mahendra Ahirwar yang berasal dari Madhya Pradesh, tengah India bukan sahaja tidak mampu berdiri atau berjalan, malah tidak boleh duduk lama akibat tulang belakangnya yang lemah.
Keadaan itu menyebabkan Mahendra hanya mampu merangkak dan memerlukan bantuan untuk makan atau ke tandas.
Bapanya, Mukesh Ahirwar, 40, berkata, dia telah merujuk kepada lebih 50 doktor di seluruh negara, namun mereka tidak dapat mengesahkan penyakit anaknya itu yang mula dikesan ketika dia berusia enam bulan.
“Dia tidak mampu membuat apa-apa dengan sendiri. Bayangkan, dia hanya mampu duduk di satu sudut sepanjang hari. Jika doktor tidak boleh merawatnya, lebih baik tuhan mengambilnya,” katanya.
Sementara itu, seorang pakar telinga, hidung dan tekak Hospital Artemis, Dr. Shashidhar Tatavarthy berkata, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah gangguan otot.
“Ia merupakan salah satu kes yang paling luar biasa. Kepalanya tergantung mungkin kerana masalah tulang belakang atau gangguan otot,” katanya. – Agensi
0 Response to "4 Gambar : Kisah sedih budak miliki kepala tergantung"
Catat Ulasan