Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 April 2015. Bulan Mac 2015 akan berakhir pada hari Selasa depan dan bermula 1 April 2015, GST akan diperkenalkan dan sebelum Mac berakhir pula, harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan April 2015 akan diumumkan.
Ianya adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. Oleh itu harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan April 2015 akan diumumkan pada hujung bulan Mac 2015.
Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada hari terakhir bulan Mac 2015 untuk harga runcit rasmi minyak petrol dan diesel di Malaysia bagi bulan April 2015.
Dipetik dari Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP),harga RON 95 dan 97 serta diesel untuk April 2015 dijangka akan naik sedikit dari harga terdahulu Mac 2015 seiring dengan peningkatan sedikit harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.
Berikut adalah jangkaan harga di PAM berdasarkan kepada Purata Harga Pasaran setakat 13 Mac 2015.
Jangkaan Harga Di PAM pada 1 Apr 2015
(Berdasarkan purata sehingga 13 Mac 2015)
Info
|
RON 95
|
Diesel
|
RON 97
|
Anticipated Pump Price | 2.06 | 1.94 | 2.36 |
Ini berdasarkan trend harga pasaran yang sedang menaik.
HARGA RUNCIT RASMI PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL UNTUK APRIL 2015
* Harga baharu akan diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang bulan Mac 2015 dan kadar tukaran mata wang semasa
* Harga runcit rasmi minyak Malaysia Untuk Bulan Mac 2015 (Harga bulan Februari Dan Januari 2015 dalam kurungan) - Credit Rossacella
0 Response to "Harga jangkaan Petrol RON95 RON97 Diesel bulan April 2015"
Catat Ulasan