Sebuah laman community Facebook mendakwa seorang gadis telah meninggal dunia semalam, akibat dir*gol oleh abang sendiri. Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika ibu bapa mereka berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji.
Mangsa dikatakan meminta pertolongan daripada admin laman berkenaan untuk meminta pendapat selepas cubaan r*gol dilakukan abangnya di sebuah rumah di Cyberjaya.
Mangsa kemudiannya, dikatakan melarikan diri ke rumah saudara Perak selepas dir*gol dan mengalami pendarahan serius apabila satu objek turut dimasukkan ke dalam kemaluannya ketika si abang melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Pemeriksaan doktor di sebuah hospital di Perak didakwa mengesahkan mangsa dir*gol namun laporan polis yang dibuat oleh saudara mangsa mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh orang tak dikenali atas alasan mahu menjaga aib keluarga.
Justeru selepas mangsa meninggal dunia, admin laman berkenaan cuba mendapatkan keadilan untuk mangsa dengan berkongsikan kes ini di FB mereka.
Berikut cerita penuh yang tersiar di laman FB berkenaan kisah mangsa:
Salam bangsa KHK,ada 1 perkara yang aku nak cerita dan mohon bantuan dari korang yang berkenaan..
Minggu lepas inbox KHK telah didatangi seorang gadis yang ingin meminta pendapat..
Selepas menghantar orang tuanya ke airport untuk tunaikan haji,dia dan abang dia balik kerumah abang dia di Cyberjaya..
Dan didalam rumah itu abang cuba untuk mer*gol dia,namun gagal pada percubaan pertama.. Kemudian aku menasihati dia supaya tinggalkan rumah tu dan cuba uruskan transport untuk dia,malangnya gagal atas beberapa sebab..
Abang dia berjaya mer*gol dia sebanyak 2 kali,dan abangnya juga memasukkan sesuatu objek kedalam kemaluan dia menyebabkan pendarahan yang serius..
Selepas kejadian tu serta merta dia lari balik kampung di Perak tanpa dia menyedari kecederaannya sangat serius..
Atas desakan aku akhirnya dia pergi juga kehospital,dan doktor bertugas mengesahkan dia dir*gol..
Agak malang apabila sepupu yang menghantarnya ke Hospital membuat laporan polis mengatakan dia dirogol oleh orang yang tak dikenali dengan alasan mahu menjaga aib keluarga.Isteri abangnya pun merayu agar kes ini tidak dipanjangkan demi masa depan keluarga katanya..
Namun aku berkeras suruh dia pergi buat laporan polis berdasarkan cerita sebenar agar nasib dia terbela dan dia bersetuju akan buat selepas keadaannya beransur pulih..
Dan pagi ini aku mendapat berita yang menyedihkan,bahawa dia telah pun meninggal dunia pada pukul 7:45 pagi tadi..
Akaun Facebook abang dan kakak ipar dia pun telah lenyap..
dan esok orang tuanya akan balik dari Mekah..
Jadi aku nak minta tolong kepada sesiapa yang belajar atau bekerja dalam bidang undang-undang (lawyer),inbox page untuk aku bertanya macam mana bela kematian dia serta kos2 yang terlibat..
Ada mesej dia tinggalkan sebelum dia meninggal,iaitu menegakkan keadilan bagi pihaknya..
Aku merayu kepada semua bangsa KHK agar doakan aku mendapat kekuatan untuk menunaikan permintaan terakhir dia..
Terima Kasih dan Assalamualaikum
p/s : nama arwah terpaksa dirahsiakan sehingga kes ini dibuka..
Kisah ini segera mendapat perhatian netizen termasuk peguam sendiri. Berikut antara yang tampil membantu dari segi pandangan:
Update terbaharu mengenai kes ini oleh admin menyatakan, seorang rakan mangsa yang cuba membuat laporan polis untuk membetulkan laporan pertama yang dibuat oleh saudara mangsa mengalami kesukaran apabila surat mati arwah berada di tangan makciknya yang dikatakan tidak mahu membesarkan cerita.
Bagaimanapun difahamkan, ibu bapa mangsa yang dijangka tiba ke tanah air dari Makkah pada hari ini sudah maklum akan kejadian ini dan akan menguruskannya.
Sekiranya cerita ini benar, sama-sama kita doakan keadilan tertegak buat mangsa.
Dan jika kisah ini benar juga, memang malanglah buat ibu bapa mangsa yang rupa-rupanya telah melahir dan membesarkan seekor syaitan selama ini… (Gambar Hiasan)
Credit– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Sayu : Gadis ini maut dikerjakan abang ketika keluarga kerjakan Haji"
Catat Ulasan