Zamarul Enggan Campur Rumahtangga Ipar

Zamarul Enggan Campur Tangan Krisis Rumahtangga Ipar | Sebelum ini, Zamarul Hisham dan isterinya, Diana Rafar juga pernah mengalami krisis, bagaimanapun ianya berjaya diselamatkan, namun kini timbul pula masalah kepada iparnya, Linda Rafar dan Syed Aiman.

Zamarul Enggan Campur Rumahtangga Ipar

Menurut Linda Rafar, suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai kepadanya dihadapan ibu dan anak-anaknya, namun perkara itu dinafikan sendiri oleh suaminya itu.

“Saya tak boleh nak komen apa-apa. Saya sendiri pun tak sempurna kerana saya dahulunya pernah mengalami masalah ini. Bila timbul cerita ini saya memang terkejut, dan tertanya-tanya kenapa,” katanya yang begitu terkejut mengenai kemelut yang melanda rumah tangga Syed Aiman dan Linda Rafar.

Bagaimanapun, Zamarul berkata buat seketika ini masih belum mendapat panggilan daripada Syed Aiman mahupun Linda Rafar dan baginya sendiri tidak perlulah untuk mencampuri urusan mereka kerana masalah rumah tangga, hanya mereka berdua yang lebih mengetahui.

“Masih belum mendapat khabar daripada mereka berdua dan saya tunggu sahaja mereka buka mulut sendiri. Bagi saya tak perlu untuk mencampuri urusan mereka walhal masalah saya sendiri pun baru selesai. Saya tak berani nak bagi nasihat ke apa, kita tunggu sahaja daripada mereka,” tambahnya.

Zamarul Enggan Campur Rumahtangga Ipar

Pengalaman pahit yang dilalui Zamarul sebelum ini sedikit sebanyak mematangkan dirinya apabila perkara ini terjadi pula kepada iparnya. Zamarul yang turut bersedih dan terkejut apabila hal ini terjadi berkata apa yang telah berlaku mempunyai alasan yang tersendiri dan hanya setiap pasangan suami isteri itu sahaja yang tahu.

“Setiap apa yang berlaku mungkin ada alasannya yang tersendiri. Ada perkara yang boleh dikongsikan dan yang tidak boleh dikongsikan. Saya pernah lalui semua perkara itu dan saya berdoa dan berharap mereka akan berbaik semula,” ujarnya.

Zamarul Enggan Campur Rumahtangga Ipar

Dalam pada masa yang sama, Zamarul memberitahu dia kini lebih bahagia dan pengalaman lepas banyak memberikan pengajaran buat dirinya.

“Alhamdulillah dan bersyukur hubungan saya dengan Diana semakin baik,” jelasnya yang turut sama menjayakan filem berjudul Kapsul yang bakal ditayangkan pada 17 September ini.

sumber
http://ift.tt/1gdtx5f

0 Response to "Zamarul Enggan Campur Rumahtangga Ipar"

Catat Ulasan