Tok Penghulu Antara Suspek Ugut & Cabul Remaja Perempuan

Tok Penghulu Antara Suspek Ugut & Cabul Remaja Perempuan | Seorang penghulu kampung mengaku tidak salah atas tuduhan cabul dan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Tok Penghulu Antara Suspek Ugut & Cabul Remaja Perempuan

Kedua-dua tuduhan terhadap Mohamed Tuah Mohd Noor, 50, dibuat hadapan majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Dia didakwa bersama lima yang masih bebas melakukan kesalahan itu di tepi jalan berhampiran Jambatan Kampung Bunut Payong, pada jam 9 malam, 15 Ogos lalu.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebat serta Seksyen 506 KK yang membawa hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Susulan penafiannya, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri memohon tarikh sebutan lain untuk pengurusan kes dan menawarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Tertuduh yang diwakili peguamnya memohon jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira dia yang menyara kehidupannya sebagai jurujual dan menanggung isteri serta tiga anak mereka.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 Oktober depan. Tertuduh dibenarkan jamin RM8,000.

sumber
http://ift.tt/1W6CiOx

0 Response to "Tok Penghulu Antara Suspek Ugut & Cabul Remaja Perempuan"

Catat Ulasan