Pegawai FAM GHAIB Ketika Harimau Malaya Sedang Bertarung | Ketika skuad Harimau Malaya memerlukan sokongan untuk bangkit daripada tragedi memalukan di Abu Dhabi minggu lalu, ramai pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan timbalannya Datuk Seri Afandi Hamzah tidak kelihatan di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Pada perlawanan antara Malaysia dengan Arab Saudi bagi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu, hanya kelibat Timbalan Presiden Datuk Mokhtar Ahmad saja kelihatan selaku wakil Exco FAM sedangkan yang lain, tidak nampak muka.
Perkara itu dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk peminat tempatan di laman sosial dengan mempertikaikan komitmen Exco FAM untuk menyokong Harimau Malaya.
Mereka membandingkan dengan semangat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang hadir memberi sokongan dengan hanya duduk di tempat duduk penonton dan bukannya di tempat duduk orang kenamaan.
Bagaimanapun Mokhtar tampil menjelaskan keadaan dan tidak mahu isu itu diperbesarkan.
“Mereka (Tengku Abdullah dan Afandi) ada hal mustahak. Mungkin itulah sebab utama kenapa mereka tiada di Stadium Shah Alam.
“Apa masalah jika saya datang seorang? Kadang-kadang, saya juga ada masa sibuk dan tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan. Jadi, saya tidak fikir ia menjadi satu masalah.
“Cuma, kebetulan Presiden Tengku Abdullah tidak dapat hadir dalam perlawanan yang diakhiri insiden buruk ini kerana ada komitmen lain. Takkan semua perlawanan beliau harus turun jika benar-benar ada hal musthak harus diselesaikan?
“Jadi, jangan cepat buat spekulasi. Saya sudah menjadi wakil bagi pihak presiden Tengku Abdullah dan ketiadaan beliau tidak perlu dibesarkan,” katanya.
#Kalau dah rasa sibuk sangat, komitmen full kat yg len2...tak payah la nak jaga banyak mende...letak jawatan beramai2...habis cerita.vongokssss
sumber
http://ift.tt/1KFKy68

0 Response to " "
Catat Ulasan