31 Tahun Mati Di Bunuh, Tiba-Tiba Wanita Ini Muncul Semula

31 Tahun Mati Di Bunuh, Tiba-Tiba Wanita Ini Muncul Semula : Wanita Seorang wanita yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan ditemui selamat selepas 31 tahun identitinya 'mati'.

31 Tahun Mati Di Bunuh, Tiba-Tiba Wanita Ini Muncul Semula

Dikenali sebagai Petra Pazsitka dari bandar Jerman utara Braunschweig, dia kali terakhir dilihat pada 1980 ketika berusia 24 tahun.

Bagaimanapun sekarang dia sudah berusia 55 tahun dan hidup menggunakan identiti sebagai Schneider di Düsseldorf.

Dua minggu lalu rumahnya telah dipecah masuk dan selepas menghubungi polis, identiti sebenar wanita itu akhirnya terdedah.

Jurucakap polis berkata: "Sesungguhnya dia adalah wanita yang hilang dan dianggap mati itu. Katanya, dia tinggal di bandar-bandar yang berbeza menggunakan nama palsu. Dia tidak pernah mempunyai kad pengenalan baru."

Tetapi pihak polis menemui kad identiti asal wanita itu selepas memeriksa kediamannya yang dipecah masuk.

Dia mengaku hidup dalam pembohongan sejak tiga dekad lalu.

Pada 26 Julai 1984, Petra yang sedang belajar sains komputer di Braunschweig, pergi berjumpa doktor gigi.

Dia meninggalkan premis pergigian itu kira-kira pukul 3 petang untuk menaiki bas ke rumah ibu bapanya berdekatan Wolfsburg, demikian menurut kawannya.

Tetapi dia tidak sampai ke lokasi yang sepatutnya itu.

Setahun sebelum itu seorang gadis berusia 14 tahun telah dibunuh berhampiran hentian di mana dia sepatutnya menaiki bas, jadi polis percaya kes pembunuh sama berulang ke atas Petra.

Kes Petra disiarkan dalam rancangan Crimewatch Jerman yang dikenali sebagai ‘Case Files XY....Unsolved’. Namun tiada pihak tampil memberikan apa-apa maklumat.

Pada akhir tahun 1985 Mac Günter K., 19, pelatih tukang kayu ditangkap dan mengaku membunuh remaja itu.

Pada tahun 1987 dia juga mengaku membunuh Petra.

Petra telah diisytiharkan mati oleh pihak berkuasa.

sumber
http://ift.tt/1KXHYH2

0 Response to "31 Tahun Mati Di Bunuh, Tiba-Tiba Wanita Ini Muncul Semula"

Catat Ulasan