Supper Terakhir Najib & Muhyiddin

Supper Terakhir Najib & Muhyiddin : Datuk Seri Nazir Razak memuat naik gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Instagram yang dikatakan sebagai kali terakhir dua pemimpin itu 'supper' bersama.

Supper Terakhir Najib & Muhyiddin

Gambar itu diambil pada majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Nazir pada 27 Julai, sehari sebelum Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet.

"Satu catatan untuk buku sejarah - (tanpa disedari) menjadi tuan rumah untuk 'supper' terakhir mereka berdua," tulis Pengerusi Kumpulan CIMB itu di akaunnya, nazir.razak, pada Ahad.

Dalam gambar itu, Najib dan Muhyiddin kelihatan tersenyum ketika meluangkan masa mereka dengan Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet pada Selasa.

sumber
http://ift.tt/1IRzFxj

1 Response to "Supper Terakhir Najib & Muhyiddin"