Sayu : Luahan isteri..minat pada motosikal hingga akhir hayat Fauzi - Al fatihah (5Gambar)

Putrajaya: Seorang penjual topi keledar yang terkenal dalam kalangan penunggang motosikal di negara ini sempat mengemaskini status di Facebooknya beberapa jam sebelum terbabit kemalangan dan meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham Fauzi Tahir, 33, membuat coretan ‘tenang2 .... xlari melaka tu.... jap lg sy sampai yek..... senafas j .... klu jem buat relax buat chill2.....’ di Facebooknya dengan gambarnya di kedai makan.


Isteri Fauzi yang dikenali sebagai Hafizah Abdullah memaklumkan di facbook yang suami nya Fauzi telah meninggal dunia dan memohon kenalan arwah menghalalkan makan minum arwah.

Jenazah arwah Fauzi akan di kebumikan di Segambut Jaya pada malam ini setelah dibawa balik dari Hospital Serdang, allahyarham meninggalkan isteri dan 3 anak yang masih kecil.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi itu maut selepas melanggar bahagian belakang lori kontraktor pembersihan lebuh raya dalam kejadian di Kilometer (KM) 34.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 1.40 petang tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berkonvoi bersama 10 lagi motosikal berkuasa tinggi dari Klang, Selangor ke Melaka.

"Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa terlanggar bahagian belakang lori kontraktor pembersihan lebuh raya yang sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,"katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kami juga memohon saksi kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mirzal Maliki atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-87774222,"katanya. - HM

0 Response to "Sayu : Luahan isteri..minat pada motosikal hingga akhir hayat Fauzi - Al fatihah (5Gambar)"

Catat Ulasan