MH370: Penyiasat Malaysia Jumpa Serpihan Baru

MH370: Penyiasat Malaysia Jumpa Serpihan Baru : Pasukan penyiasat Malaysia di Pulau La Reunion telah menemui beberapa lagi serpihan pesawat di kawasan pantai pulau tersebut.

MH370: Penyiasat Malaysia Jumpa Serpihan Baru

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serpihan-serpihan yang ditemui akan dibawa ke Perancis untuk proses analisis.

"Kita telah menemui serpihan baru di Pulau La Reunion hari ini (Isnin), tetapi masih tidak dapat mengesahkan sama ada ia berasal daripada pesawat MH370.

"Ia perlu dihantar ke Perancis untuk disiasat dan selepas itu barulah pengesahan boleh dibuat," katanya pada sidang media selepas merasmikan SJK (C) Bukit Serdang di sini, Isnin.

Tiong Lai berkata antara yang ditemui oleh empat penyiasat yang dihantar ke pulau tersebut termasuklah beberapa serpihan, aluminium dan material pecah yang dikenal pasti daripada pesawat.

"Tapi kita tak tahu (material) kapal terbang apa, kita kena sahkan dulu.

"Bahan yang ditemui akan diserahkan kepada pihak berkuasa Pulau Reunion yang akan diserahkan kepada pusat siasatan di Perancis untuk pengesahan," katanya.

Menurut Tiong Lai, Malaysia mendapat sokongan dan bantuan sepenuhnya daripada pihak berkuasa sekitar wilayah tersebut dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak bahan bukti di pulau itu dan kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun katanya, penyiasat Malaysia yang tiba di sana minggu lepas hanya akan memberi tumpuan terhadap tugas mencari dan mengumpulkan lebih banyak serpihan di sekitar pantai Pulau Reunion.

Mengenai flaperon yang telah disahkan milik Boeing 777 dan telah dihantar di makmal ketenteraan di Perancis, Tiong Lai sekali lagi meminta orang ramai supaya menunggu keputusan siasatan.

"Siasatan untuk pengesahan terhadap flaperon itu akan dimulakan pada Rabu melibatkan wakil dari beberapa negara dan agensi," katanya.

Beliau berkata sebarang spekulasi tidak seharusnya dibuat kerana ia akan memberi lebih tekanan kepada waris dan ahli keluarga mangsa yang menunggu keputusan serta pengesahan mengenai MH370.

sumber
http://ift.tt/1eO4iFV

0 Response to "MH370: Penyiasat Malaysia Jumpa Serpihan Baru"

Catat Ulasan