Kisah sebenar pocong memang wujud di siang hari di rumah Tok Su ( 2Gambar)

Kisah seorang lecturer di HARIAN METRO  snap gambar kat sebuah rumah warisan melayu yang di kenali sebagai Rumah Tok Su ni terperasan pulak POCONG dalam gambar tersebut.

Rumah tu sememang menjadi tempat tarikan pelancong. Masa ambil gambar tu dia tak perasan apa2 sangat la tapi bila balik rumah tengok balik gambar tu baru dia perasan tepi tingkap dalam rumah tu ada sesuatu serba putih yang seolah2 menyerupai pocong photobomb gambar dia. 

Gambar tu katanya di ambil pada jam 12 tengahari. Pocong sekarang pun dah muncul lunch time yer..  Tak tau sejauh mana kebenaran hantu dalam gambar tu tapi menurut cerita orang la kan.. Katanya memang banyak kejadian pelik & mistik berlaku di sekitar rumah kosong tu. Pernah berlaku satu kejadian dimana pasangan pengantin yang buat photoshot kat kawasan rumah tu.. Bila tengok gambar hanya ada gambar rumah tapi gambar pengantin tak lekat. Misteri sungguh.. teknik apa photographer tu pakai hahahaha..

Bab nampak kelibat makhluk halus dalam gambar ni aku tak berani komen sangat la sebab kesahihannya sangat2 susah untuk di buktikan tapi kewujudan makhluk bernama jin dalam pelbagai jelmaan memang kita tak boleh nafikan benda tu boleh berlaku dengan izin Allah.

Moral of the story.. Hangpa ja dok selfie dia tumpang photobomb sikit dah kecoh keluar harian metro katanya. Hahahaha...

Sedikit info tentang rumah warisan melayu ni. Lokasi Rumah Tok Su sekarang adalah berhadapan dengan Wisma Darul Aman tapi Rumah Tok Su ni bukan Asal dari situ tapi di bawa dari Kampung Permatang Kerat, bandar Baharu kemudian di tempatkan kat situ. Susah jugak nak pasang rumah Tok Su ni. Lebih kurang 4 bulan baru siap. Rumah Tok Su ni di beri nama sempena nama anak bongsu pemilik rumah ni. 




0 Response to "Kisah sebenar pocong memang wujud di siang hari di rumah Tok Su ( 2Gambar)"

Catat Ulasan