Gambar Baby Jaclyn Victor

Jaclyn Victor berkongsi gambar cahaya mata sulungnya yang berumur empat hari di laman Instagram miliknya sebentar tadi. Jaclyn, 37, berkata beliau dan suami memilih nama Jonah Josiah Rivera buat anak mereka itu.

Gambar Baby Jaclyn Victor

Jaclyn menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis memberitahu, beliau masih belum menetapkan nama buat bayi lelaki yang dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Jaclyn atau lebih mesra dengan sapaan Jac berkahwin Shawn Rivera, 41, yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet pada 19 Julai lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat.

Majlis berkenaan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak. Sementara itu, Jaclyn turut memberitahu beliau dan suaminya gembira dengan kelahiran anak mereka dan menyatakan beliau dan bayinya berada dalam keadaan sihat serta memilih untuk berehat secukupnya untuk tempoh beberapa bulan ini.

"Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat. Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami," katanya.

sumber
http://ift.tt/1PC09Sc

0 Response to "Gambar Baby Jaclyn Victor"

Catat Ulasan