Tertusuk Besi Pagar, Warga Emas Nyaris Maut

Tertusuk Besi Pagar, Warga Emas Nyaris Maut | Seorang lelaki berusia 68 tahun nyaris maut selepas tertusuk jeriji pagar dari bahagian ketiak kanan menembusi bahunya.

Tertusuk Besi Pagar, Warga Emas Nyaris Maut

Ng Ag Eng sedang berdiri di atas tangga bagi mencantas pokok di perkarangan rumahnya di Jalan Alor Star di sini semasa insiden tersebut berlaku.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, M Sathiaseelan berkata mangsa kemudiannya tergelincir lalu tertusuk jeriji itu.

Seorang jiran mangsa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 4.40 petang dan pasukan tersebut tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

"Jeriji pagar itu berjaya dipotong dalam masa 20 minit," katanya.

Beliau berkata pasukan bomba tidak menarik keluar jeriji pagar itu dari tangan Ng untuk mengelakkan pendarahan serius.

"Ng dihantar ke hospital menggunakan ambulans bersama-sama jeriji itu," kata Sathiaseelan.

Ng dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mengeluarkan jeriji berkenaan.

sumber
http://ift.tt/1fzbuq8

0 Response to "Tertusuk Besi Pagar, Warga Emas Nyaris Maut"

Catat Ulasan