Sayu : 7 foto Wajah lelaki gantung diri kecewa putus cinta tidak jadi bertunang


Seorang sukarelawan polis dipercayai menggantung dirinya di sebuah kediaman milik nenek mangsa di persimpangan Kampung Perigi Hang Tuah Duyung di sini awal pagi Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai Nazarul Hafiq Abu Bakar, 24 di temui sepupunya dalam keadaan tergantung setelah tidak keluar dari bilik tidurnya sejak pagi Jumaat.

Menurut bapa mangsa, Abu Bakar Ali, anak buahnya memaklumkan kepadanya bahawa dia terpaksa memasuki bilik mangsa melalui tingkap kerana pintu biliknya berkunci dari dalam sebelum mendapati anaknya sudah meninggal dunia di bilik tidurnya pada kira-kira jam 6 pagi.

Menurut Abu Bakar, anaknya terus memasuki dan mengunci dirinya di dalam bilik semenjak pulang dari kerja pada kira-kira jam 10 pagi, Jumaat.





Apabila tiada respon diterima selepas dipanggil berkali-kali, nenek mangsa mulai curiga dan menyuruh cucunya untuk memeriksa keadaan mangsa.


Abu Bakar turut berkata, mangsa yang merupakan anak kedua dari tiga adik beradik dipercayai mengalami kemurungan kerana terlalu kecewa dengan sikap bekas teman wanitanya yang telah menjalin hubungan dan bertunang dengan lelaki lain.

Akibat terlalu kecewa, mangsa dikatakan pernah berkongsi episod sedih dengan bapanya.

Sejurus selepas diberitahu tentang kejadian yang menimpa anaknya, Abu Bakar telah membuat laporan di Balai Polis Kandang di Ayer Keroh.

"Saya bawa motor pergi sendiri buat laporan polis di Kandang. Kita terlalu sayang anak kenalah buat macam tu. Dia (mangsa) murunglah, dia kecewa dengan budak perempuan tu," katanya kepada pemberita yang ditemui di kediaman ibunya, di sini.

Anaknya sebelum ini pernah menyertai anggota sukarelawan polis dan telah mula bertugas di Balai Polis Tiang Dua sejak Ramadan lalu.

Mangsa tinggal bersama nenek sejak empat tahun lalu setelah menamatkan pengajian di sebuah kolej di Melaka.

Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. -Awani,DTR, -BS

0 Response to "Sayu : 7 foto Wajah lelaki gantung diri kecewa putus cinta tidak jadi bertunang"

Catat Ulasan