Ibu Kerat Bayi Di Tahan Reman

Ibu Kerat Bayi Di Tahan Reman | Humood Al-KhudherIbu bayi dikerat lapan berusia 31 tahun yang masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, direman selama empat hari bermula hari ini.

Ibu Kerat Bayi Di Tahan Reman
Tangki bayi dikerat 8...

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Abd Rahim Abdullah berkata, wanita itu masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan doktor kerana mengalami pendarahan selepas melahirkan anak.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Kejam, Bayi di Kerat 6 Di Kedah

Terdahulu, mayat bayi yang dikerat enam ditemui di dalam tangki najis di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra, Selasa lalu.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa sudah meninggal dunia ketika dilahirkan dan ada kesan hirisan daripada objek pipih dan tajam.

Dua lagi anggota badan mayat bayi itu ditemui menjadikan jumlah keseluruhan yang dikerat adalah lapan.

sumber
http://ift.tt/1MiZIuA

0 Response to "Ibu Kerat Bayi Di Tahan Reman"

Catat Ulasan