Aliff Aziz Bertunang Disember Depan | Aliff Aziz merancangkan akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Bella Astillah pada Disember depan.
Kata Aliff, keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu sebelum ke alam perkahwinan.
" InsyaAllah saya merancang untuk bertunang dengan Bella pada Disember ini. Cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi.
"Keputusan ini dibuat selepas merasakan Bella adalah wanita idaman saya yang sebenar untuk dijadikan bakal isteri," katanya kepada mStar Online.
Aliff Aziz ditemui pada majlis pelancaran rancangan istimewa Hari Raya Astro di Hotel The Majestic.
Bagaimanapun kata Aliff, mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Mengenai Bella, dia merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astilla yang sedang menuntut di Kolej Universiti Metropolitan Kuaal Lumpur (KLMU) dalam bidang penyiaran.
Sementara itu, Aliff berkata dia kini sedang berusaha untuk kembali membersihkan namanya yang selama ini sering dianggap penyanyi tidak berdisiplin dan mempunyai masalah sosial.
Malah dia juga sudah berazam untuk berhenti berhibur di kelab malam kerana ingin menjadi seorang penyanyi yang bersih daripada sebarang isu dan kontroversi.
"Sudah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lelaki yang budiman dan berdisplin dalam melakukan sesuatu perkara.
"Jujurnya, Bella juga banyak mengubah saya menjadi seorang yang lebih baik. Saya tidak mahu lagi isu-isu buruk tentang saya diceritakan lagi," ujarnya.
sumber
http://ift.tt/1GZdhhr

0 Response to "Aliff Aziz Bertunang Disember Depan"
Catat Ulasan