Walau Jauh... Kau Tetap Di Hati Ini

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan bernafas dan kekuatan untuk sampai ke bulan Jun 2015... Semoga kita semua terus dipanjangkan usia sehingga dapat menikmati bulan Ramadan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi... InsyaAllah...

Masa berlalu begitu pantas sekali dan Bulan Mei 2015 telah pun kita ditinggalkan. Pastinya pelbagai saat manis, indah mahupun pahit atau getir yang telah dan sedang dilalui. Itulah realiti kehidupan di dunia ini...Segalanya harus ditempuh dan hanya dengan kesyukuran, keimanan serta keyakinan pada yang Maha Esa jua dapat memberikan petunjuk, kekuatan dan jalan yang benar.

Walau Jauh... Kau Tetap Di Hati Ini

Begitulah jua dengan aktiviti berbloging ini. Jikalau dulu dapat beramah mesra dan saling kunjung mengunjungi... namun kini ianya semakin sepi.

Pasang surut adalah lumrah alam dan ianya juga berlaku dalam kehidupan. Tatkala kita mengharap panas hingga ke petang, namun adakala hujan jua di tengahari.

Terima Kasih dan Maafkan Daku...

Tiada kata-kata yang dapat ku ucapkan selain dari ucapan "Jutaan Terima Kasih Seikhlas Hati" buat para sahabat yang masih memberi sokongan, sudi bertandang dan menitipkan komen di setiap entri. Anda semua amat-amat dihargai dan disanjungi.

Ku mohon jua "Jutaan Kemaafan Seikhlas Hati" andai ada yang berkecil atau terasa hati mahupun ternanti-nanti kunjungan balas kerana BM sudah tidak dapat semesra dulu lagi. Bukan salah anda jika menyatakan diri ini sudah sombong atau bangga diri... Ianya sukar diterangkan di sini dan doakan agar segalanya dipermudahkan...  Ketahuilah anda semua tetap dihati dan dirindui...

Seperti bulan-bulan sebelumnya, kepada Top 20 sahabat yang paling mesra memberi komen pada bulan Mei 2015, anda semua akan berada di Bloglist Sahabat Paling Mesra (Sidebar Blog) sepanjang bulan Jun 2015. Inilah penghargaan kecil yang dapat ku berikan... Semoga hubungan ukhwah kekal berpanjangan... InsyaAllah...

May 2015 Dalam Kenangan - sahabat
Anda semua amat dihargai... Terima kasih

May 2015 Dalam Kenangan

Aktiviti blogging tetap cuba diteruskan walaupun ada kekangan. Terlalu sayang membiarkan blog sepi tanpa sebarang entri. Sepanjang bulan Mei 2015 hanya 22 buah entri sahaja berjaya diterbitkan. Sudah tersasar jauh dari target untuk satu hari satu entri.

Namun, syukur Alhamdulillah... jumlah pengunjung masih jua stabil. Tidak banyak beza berbanding bulan April 2015. Terima kasih kepada semua yang berkunjung...

May 2015 Dalam Kenangan - data blog
Relaks Minda - May 2015 (google analytic)

Dari data, jelaslah bahawa entri-entri dari bulan-bulan terdahulu (lama) masih menjadi penyumbang trafik utama buat blog ini. Entri niche berkaitan kreativiti kitar semula dan informasi automotif mendominasi senarai top 10 entri popular sepanjang bulan Mei 2015

May 2015 Dalam Kenangan - popular post
Relaks Minda - Top 10 Popular Post May 2015 (google analytic)

Seperti yang telah diceritakan dalam entri sebelum ini "Trafik Selain Dari Google", pada bulan Mei telah berlaku sedikit perubahan dalam carta Top Referrer. Sungguh mengujakan apabila melihat enjin carian Ask, Bing dan Yahoo berada dalam carta.

Apa pun, Google tetap menjadi sumber trafik utama dengan menguasai hampir 75 peratus dari jumlah keseluruhan pengunjung. 

May 2015 Dalam Kenangan - top referrer
Relaks Minda - Top 10 Traffic Referrer May 2015 (google analytic)

Bagi blog ini, jumlah pengguna mobile (telefon pintar) telah menguasai lebih dari separuh dari jumlah keseluruhan pengunjung. Ianya selari dengan perkembangan teknologi komunikasi dan multimedia masa kini.

May 2015 Dalam Kenangan - top user
Mobile user data - May 2015 (google analytic)

May 2015 Dalam Kenangan - top country

Anda Amat Dihargai

Akhir sekali... Tidak kira dari negara mana pun ada datang untuk singgah seketika di Relaks Minda, semoga blog ini dapat memberikan serba sedikit informasi dan maklumat yang anda inginkan.

Sebarang kekurangan, kesilapan, perlakuan dan kekhilafan dalam penulisan atau fakta harap dimaafkan dan diperbetulkan. Sebarang teguran dan pembetulan amat-amat dialu-alukan.

Sesungguhnya kita semua tiada yang sempurna kerana kesempurnaan itu hanya milik-Nya. Oleh itu...sama-samalah kita saling nasihat menasihati agar kita semua menjadi lebih baik dan semakin sempurna dari hari sebelumnya...

Terima kasih dan semoga segala matlamat dan impian anda semua akan tercapai dan dipermudahkan Allah SWT... Para sahabat dan tetamu Relaks Minda, anda semua amat-amat dihargai...

Terima Kasih


Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Terima kasih membaca artikel : Walau Jauh... Kau Tetap Di Hati Ini

1 Response to "Walau Jauh... Kau Tetap Di Hati Ini"

  1. Minta kerjasama, Sila hentikan auto copy artikel dari blog Relaks Minda (relakssminda.blogspot.com)!
    Tiada berguna kalau informasi peribadi dan blog ini pun di copy!

    BalasPadam