Umie Aida Berharap Erma Fatima Pertahamkan Rumahtangganya

Umie Aida Berharap Erma Fatima Pertahamkan Rumahtangganya | Umie Aida berharap kakaknya, Erma Fatima dapat mempertahankan rumah tangganya bersama pengarah, Bade Azmi dan menyelesaikan kemelut di antara mereka dengan baik.

Umie Aida Berharap Erma Fatima Pertahamkan Rumahtangganya

Kata Umie, sebagai adik dia sentiasa memberikan kata-kata positif kepada Erma setiap kali dia  meluahkan perasaan berhubung masalah yang sedang dihadapinya.

"Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya.

"Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekali pun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka," katanya.

Bade dalam kenyataannya di sebuah akhbar mingguan Ahad lalu berkata dia berkahwin dengan Erma dan seorang lagi wanita iaitu Aida Abdul bukan untuk bercerai.

Dalam pada itu, Umie berkata, dia yakin Erma membuat keputusan tersebut selepas berfikir semasak-masaknya dan ia bukan tindakan mudah.

Mahkamah Keluar Notis Amaran Buat Bade

Ini kerana katanya, hanya Erma yang mengetahui kesakitan yang ditanggung dan sebagai adik akan menyokong apa juga keputusan dibuat itu.

"Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu.

"Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri," katanya.

Tambah Umie, dia berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada Erma dan Bade dalam mengharungi masa sukar tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Saya sendiri ada cuba membuat panggilan dan mesej tetapi tidak  dijawab tetapi saya faham Erma perlukan ruang untuk dirinya," ujar Umie.

sumber
http://ift.tt/1HOMs1n

0 Response to "Umie Aida Berharap Erma Fatima Pertahamkan Rumahtangganya"

Catat Ulasan