بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah kali ke lapan Festival Floria Putrajaya dilangsungkan. Ini merupakan kali keempat dapat berkunjung ke sini. Alhamdulillah...cuaca agak baik, tidak hujan tetapi sedikit panas tapi berbanding tahun lepas... lagilah panas dan berjerebu.
Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 atau senang disebut Pesta Floria dan juga Pesta Bunga Putrajaya sedang berlangsung selama seminggu mulai 30 Jun yang lalu bertempat di Presint 4, Putrajaya menawarkan pelbagai acara dan pameran yang menarik untuk dilihat.
Ini merupakan kali ke dua ianya diadakan ditapak kekal Floria dan jika dibandingkan dengan tahun lepas ianya tidak menampilkan begitu banyak perubahan yang ketara.
Entahlah...sejak bertukar tapak ni, pamerannya agak kurang menyerlah... Macam kurang bunga jer berbanding empat tahun dulu walaupun pelbagai tema laman diperlihatkan.
Pada tahun ini bunga Lily dipilih sebagai bunga tema Floria Diraja Putrajaya 2015. Bunga yang cantik dengan pelbagai warna dan agak wangi baunya.
Setiap pameran pasti ada tapak bazaar jualan. Di sini anda boleh dapat membeli pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan buah-buahan. Selain dari itu, pelbagai produk seperti baja, peralatan tanaman dan pertanian serta khidmat nasihat juga ada di sini. Malah, pelbagai jenis hasil jualan kraftangan, pakaian dan cenderahati juga ada jual.
Lokasi terakhir yang wajib disinggah sebelum bergerak pulang meninggalkan tapak Festival Floria Diraja Putrajaya 2015!
Ianya tidak setanding dengan pameran yang diadakan ditapak lama atau lebih tepat, empat tahun sebelumnya yang cukup menarik dan mempersonakan!
Diharapkan dengan sedikit gambar dan ulasan ini dapat memberi informasi buat mereka yang tidak berkesempatan. Tahun hadapan mungkin akan ada lagi... Luangkan waktu anda untuk berkunjung ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 pula nanti...
Lihat juga apa yang menarik di Floria sebelum ini:
Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 atau senang disebut Pesta Floria dan juga Pesta Bunga Putrajaya sedang berlangsung selama seminggu mulai 30 Jun yang lalu bertempat di Presint 4, Putrajaya menawarkan pelbagai acara dan pameran yang menarik untuk dilihat.
Ini merupakan kali ke dua ianya diadakan ditapak kekal Floria dan jika dibandingkan dengan tahun lepas ianya tidak menampilkan begitu banyak perubahan yang ketara.
Entahlah...sejak bertukar tapak ni, pamerannya agak kurang menyerlah... Macam kurang bunga jer berbanding empat tahun dulu walaupun pelbagai tema laman diperlihatkan.
Pada tahun ini bunga Lily dipilih sebagai bunga tema Floria Diraja Putrajaya 2015. Bunga yang cantik dengan pelbagai warna dan agak wangi baunya.
Kembara Floria 2015 Bersama Relaks Minda
Sebagai tatapan buat mereka yang tidak sempat berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2015, nikmatilah gambar-gambar berikut. Kali ini agak terkilan kerana tidak dapat menggunakan kamera kerana rosak maka hanya menggunakan kamera handphone sajalah. Semoga puas hati walaupun kualitinya agak kureng...Jika tahun lepas dekorasi dilaluan ini dihiasi dengan payung berwarna-warni yang digantung, pada tahun ini hanya kain ela berwarna menjadi hiasan. Agak menarik namun tidak sehebat tahun lepas.
Taman Jalinan Persahabatan Malaysia - China telah siap dan dibuka pada Floria kali ini. Dekorasi yang menarik seumpama berada di negara China.
Satu kelainan pada tahun ini adalah pameran taman musim sejuk dan musim bunga. Nak masuk kena bayar lagi RM3. Namun agak kecewa kerana bukannya pameran taman tetapi hanya berada di ruang yang sejuk umpama dalam sebuah panggung dan melihat tayangan video di skrin besar akan suasana musim sejuk dan musim bunga... itu sajer...
Seperti tahun-tahun sebelumnya, terdapat juga ruang pameran diruangan tertutup (pavilion). Di sini dipamerkan gubahan dan dekorasi kreatif yang menggunakan bunga sebagai tema utama. Jika Tahun lepas, suasana di hutan hujan menjadi tarikan, pada tahun ini pula dekorasi pergunungan menjadi pesona yang utama.
Pameran dan Pertandingan orkid telah menjadi satu acara tetap disetiap Festival Floria Putrajaya. Memang terpukau melihat kecantikan dan keunikan pelbagai spesis orkid yang dipamerkan!
Satu lagi yang menarik perhatian adalah demontrasi gubahan ukiran buah-buahan. Sungguh kagum melihat ketelitian dan kecantikan hasil gubahan buah-buahan tersebut! Selalu lihat hanya gambar... tapi kali ini 'live'... Memang puas hati!
Antara rekaan yang paling menonjol dan menarik perhatian ramai pada Floria Diraja Putrajaya 2015 adalah replika Istana Menanti, Negeri Sembilan.
Satu lagi tarikan yang unik adalah taman kanak-kanak. Namun ianya kelihatan agak kosong. Jika ditambah dengan pelbagai hiasan dan dekorasi, pasti akan menyerlahkan lagi taman ini
Selain dari menyaksikan keindahan taman, gubahan bunga dan lanskap, terdapat juga tarikan lain untuk dilakukan bersama anak-anak.
Setiap pameran pasti ada tapak bazaar jualan. Di sini anda boleh dapat membeli pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan buah-buahan. Selain dari itu, pelbagai produk seperti baja, peralatan tanaman dan pertanian serta khidmat nasihat juga ada di sini. Malah, pelbagai jenis hasil jualan kraftangan, pakaian dan cenderahati juga ada jual.
Lokasi terakhir yang wajib disinggah sebelum bergerak pulang meninggalkan tapak Festival Floria Diraja Putrajaya 2015!
Pengalaman Berkunjung Floria Putrajaya
Floria Diraja Putrajaya akan berakhir pada 7 Jun 2015. Masih ada masa untuk berkunjung kesana. Pada keseluruhannya, Pesta Bunga Floria tahun ini tidak benar-benar menyerlah. Lebih kurang sama seperti tahun lepas. Jumlah penggunaan bunga yang kurang dan dekorasi pameran juga tidak begitu banyak yang menyerlah.Ianya tidak setanding dengan pameran yang diadakan ditapak lama atau lebih tepat, empat tahun sebelumnya yang cukup menarik dan mempersonakan!
Diharapkan dengan sedikit gambar dan ulasan ini dapat memberi informasi buat mereka yang tidak berkesempatan. Tahun hadapan mungkin akan ada lagi... Luangkan waktu anda untuk berkunjung ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 pula nanti...
"Senyum sikit... :) BM nak tangkap gambar anda pula... " |
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2012
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 (Bahg. 1)
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 (Bahg. 2)
- Magic of The Night - Floria Putrajaya 2013
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2014 (Bahg. 1)
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2014 (Bahg. 2)
Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Terima kasih membaca artikel : Sehari Di Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Admin... Minta tolong, hentikan copy auto RSS Feed blog Relaks Minda. Kerjasama dari anda amat2 diperlukan. Jika nak copy pun buatlah secara manual.
BalasPadam