Rahim Sepahtu Meninggal Dunia Khabar Palsu | Dek masuk hospital kerana sukar bernafas (berpunca daripada gastrik), khabar angin mengenai Rahim Sepahtu meninggal dunia cepat tersebar dan empunya diri ketika dihubungi Astro Gempak menafikan perkara tersebut.
“Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada komplikasi yang berpunca dari gastrik. Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut”
“Alhamdulillah, panjanglah umur saya. Kepada mereka yang menyebarkan berita palsu dan tidak benar tentang keadaan saya itu, hentikanlah kerana ia akan menyebabkan keadaan jadi huru-hara”
“Kepada rakan-rakan yang telah membantu saya pada hari kejadian terutama Jep dan Shuib, pertolongan mereka tidak terluah dengan kata-kata,” katanya yang turut manfikan dakwaan mengatakan dia dikejarkan ke hospital kerana masalah jantung.
Rahim juga menyatakan yang dia pernah berhadapan dengan kejadian serupa ketika sedang menjalani penggambaran tidak lama dahulu.
Apa pun, semoga Rahim dapat berpuasa penuh dan tidak diserang gastrik ketika berpuasa nanti. Selain itu, menerusi Instagramnya Rahim turut memuat naik video pendek menyatakan yang dirinya sihat. Tulisnya," Sy sihat...Alhmdullilah"
sumber
http://ift.tt/1HJ9B5m

0 Response to "Rahim Sepahtu Meninggal Dunia Khabar Palsu"
Catat Ulasan