SATU kejadian yang cukup aneh berlaku selepas air laut di Pulau Ai, Kepulauan Banda di Maluku Indonesia secara tiba-tiba berwarna menjadi warna merah, baru-baru ini.
Kejadian pelik itu menyebabkan para nelayan tidak berani turun ke laut untuk mencari rezeki.
Sehubungan itu, ramai penduduk di sana mempercayai air laut bertukar merah itu memberi amaran kepada mereka bahawa satu kejadian bencana bakal berlaku di kawasan terbabit.
Namun menurut Pakar Ekologi Laut dan Biokimia Pusat Penelitian Laut Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, A’an Johan Wahyudi memberikan kemungkinannya berhubung fenomena itu mungkin berlaku disebabkan oleh alga merah yang berkembang selain faktor perubahan komposisi kimia dalam air laut berkenaan.
Setakat ini, pihak bertanggungjawab masih lagi menjalankan penyiasatan berhubung fenomena air laut yang bertukar warna merah darah itu
0 Response to "Pelik Tapi Benar: Air Laut Bertukar Jadi Merah"
Catat Ulasan