Patutlah Dia BERANI Sound TMJ… Ini Rupanya BIOADATA YB Nazri Aziz Yang Ramai Tak Tahu !!

Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mulai 16 Mei 2013. Beliau merupakan Bekas Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang menyelia hal Parlimen. 

Bapa beliau ialah Tan Sri Abdul Aziz Yeop, bekas Duta Malaysia di England dan merupakan seorang tokoh Melayu yang kaya raya (hartanya bernilai ratusan juta). Pada 17 September 2008, beliau mengisi portfolio hal-ehwal undang-undang atau ‘de-facto Law Minister’ apabila dikosongkan oleh Senator Datuk Zaid Ibrahim. Beliau merupakan seorang Ahli Parlimen dari parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Jawatan: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Tempoh Jawatan: 16 Mei 2013 – kini
Ahli Parlimen: P61 Padang Rengas, Perak
Majoriti: 2,230 (PRU-13)
1
Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan mempunyai Ijazah Barrister At-Law daripada Lincoln’s Inn, United Kingdom. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak. Salah satu daripada anak-anak beliau adalah Nedim Mohamad.

Di peringkat akar umbi, Datuk Nazri dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1978. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun pada tahun 1993 sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO mulai tahun berikutnya hingga 1996.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mulai tahun 1986 hingga 1996 dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dari tahun 1990 hingga 1994. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 1990 sehingga sekarang.

Pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen bermula setelah memenangi kerusi Parlimen Chenderoh atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 yang kemudiannya berjaya dipertahankannya pada penggal berikutnya, (1999-2004). Selain itu, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara pada tahun 1991 hingga 1995.

Pada pilihan raya umum ke-11, beliau telah beralih ke kerusi Parlimen Padang Rengas hasil daripada persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau telah berjaya memenanginya setelah menewaskan calon Parti Keadilan Nasional, Mohd Zolkafli bin Yahaya dengan kelebihan 4772 undi. Beliau telah mendapat 9214 undi manakala lawannya memperolehi 4442 undi. Setelah kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang memantau dan mengelolakan aktiviti Parlimen Malaysia. Pada 17 September 2008, beliau mengisi portfolio hal-ehwal undang-undang atau ‘de-facto Law Minister’ apabila Senator Zaid Ibrahim meletak jawatan pada 15 September 2008 kerana tidak setuju dengan isu ISA.

Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi MARA dari 17 Mac 1993 hingga 23 Julai 1995, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mulai 1995 hingga 1999 dan Timbalan Menteri Kewangan II sejak 1999 hingga berlakunya pembubaran Kabinet menjelang pilihan raya umum pada bulan Disember 1999. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan hingga 2004.

Dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008, beliau mempertahankan kawasannya apabila bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Padang Rengas , negeri Perak. Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz telah menang dengan mendapat undi sebanyak 9830. Calon lawan yang tewas adalah Alias Bin Zenon dari PKR, mendapat 8,081 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 362.

Komen di Parlimen

2
3
Pada tahun 2005, beliau terbabit dalam kontroversi mengenai kelakuannya dalam Parlimen. Beliau menjerit perkataan Bahasa Inggeris “bloody racist” 28 kali terhadap ahli parlimen ipoh barat— dalam perbahasan mengenai tindakan Majlis Perubatan Malaysia yang tidak lagi menerima ijazah daripada Universiti Perubatan Negeri Crimea (Crimea State Medical University atau CSMU).

Pada 21 Jun 2007, Nazri menjerit perkataan “otak bodoh”, “otak benak”, “bohong” dan kata-kata lain yang kasar, menyinggung perasaan dan menimbulkan keriuhan dewan Parlimen pada Ketua Pembangkang Lim Kit Siang.

Pada 12 November 2007, Nazri sekali lagi mencaci Pembangkang dengan kenyataan bahawa Pembangkang adalah pondan.

Berputar-belit di Parlimen

Pada 6 November 2008, Nazri Aziz berkata bekas-bekas hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988 bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel. Hal itu menyebabkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh pada 10 November lalu meminta supaya Nazri Aziz dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Berikutan itu, pada 13 November 2008, Nazri Aziz telah mengakui bahawa beliau telah bercakap tanpa berdasarkan fakta yang cukup dan mengesahkan bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.

Cabaran Kepada TMJ

Terkini pada 13 Jun 2015, beliau telah mencetuskan lagi satu kontroversi apabila memberi komen terhadap kerabat diraja (ditujukan khas kepada TMJ). Rentetan dari komen beliau itu telah mengundang TMJ keluarkan sebuah video viral, “MARILAH”.

0 Response to "Patutlah Dia BERANI Sound TMJ… Ini Rupanya BIOADATA YB Nazri Aziz Yang Ramai Tak Tahu !!"

Catat Ulasan