Nad Nadia di kritik gara-gara laga pipi dengan kekasih


Pelakon berbakat besar Nad Zainal, bertindak memadam fotonya berlaga pipi dengan seorang lelaki yang didakwa kekasihnya di akaun Instagram (IG).

Foto tersebut telah dimuatnaik Nad pada Jumaat dan telah mengundang pelbagai persepsi pengikut di IGnya.

Mungkin kerana kurang senang melihat pelakon kesayangan mereka bergambar sedemikian, ada di antara pengikut Nad menganggap perbuatan tersebut sebagai pelik.



Astro Gempak turut menerima kiriman ‘Whatsapp’ dari seseorang yang mendakwa kenalan Nad semasa di Aswara.

Pengirim tersebut turut mengesahkan lelaki tersebut merupakan kekasih terbaru Nad selepas Azwan Kombos dan Hefny Sahad.

Menurut pengirim itu, dia berasa pelik melihat kelakuan Nad yang dahulunya seorang gadis sopan-santun berubah selepas bercinta dengan kekasihnya, dikenali sebagai Faliq itu. - Astro Gempak 

0 Response to "Nad Nadia di kritik gara-gara laga pipi dengan kekasih "

Catat Ulasan