Masihkan Kita Jadi Suami Isteri Di Akhirat Kelak? - Inilah Jawapan Kepada Persoalan Anda...

sekadar gambar hiasan


Pernahkah anda mendengar soalan ini…

Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?


Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:


“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.


Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku pada ikatan perkahwinan sesudah mati, atau secara spesifiknya ketika di alam akhirat. Manusia sering tertanya-tanya mengenai kehidupan di alam akhirat. Malah, Rasullullah SAW sendiri tidak pernah menolak soalan mengenai syurga dan neraka yang diajukan kepada baginda. Pernah para sahabat bertanya mengenai struktur binaan syurga dan Baginda SAW menjawab: “Binaan daripada emas dan perak…” Pasti kita begitu mengidam-idamkan syurga dan semoga kenikmatan menjadi pendorong untuk kita beramal dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Allah SWT berfirman: ” Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal yang dahulu kamu kerjakan” Surah Al-Zukhruf, Ayat ke-72.

Sesungguhnya kenikmatan, keindahan dan kebahagiaan bukanlah hanya untuk lelaki semata-mata


Allah SWT berfirman lagi: “Sesiapa yang membuat amalan soleh, sama ada lelaki ataupun wanita, sedangkan dia beriman, maka merekalah yang akan memasuki syurga” Surah An-Nisa Ayat ke-124.

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda.. 'Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'


"WALLAHUALAM"

0 Response to "Masihkan Kita Jadi Suami Isteri Di Akhirat Kelak? - Inilah Jawapan Kepada Persoalan Anda..."

Catat Ulasan