Mael XPDC Lambat, Konsert Ulangtahun Ke 26 XPDC Terjejas

Mael XPDC Lambat, Konsert Ulangtahun Ke 26 XPDC Terjejas : Keterujaan peminat rock menyaksikan kebangkitan XPDC dalam Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini terjejas apabila vokalisnya Mael tidak muncul pada waktu dijanjikan yang berlangsung di Stadium Merdeka  pada malam Sabtu semalam.

Mael XPDC Lambat, Konsert Ulangtahun Ke 26 XPDC Terjejas

Meskipun kesemua anggota XPDC  Eddie (bes), Lola (deram) Izu (gitaris) telah memulakan persembahan pembukaan di atas pentas, tetapi kelibat Mael tidak kelihatan dan lebih mengundang kemarahan penonton apabila seorang penyanyi tidak dikenali menggantikan tempatnya menyanyikan sebuah lagu Hidup Bersama.

Kemudian konsert dihentikan buat sementara waktu sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Tepat pukul 10 malam, Mael muncul memohon maaf atas kelewatannya dengan alasan terdapat sedikit kekecohan berlaku di belakang pentas.

"Semua tak balik lagi kan? Maafkan saya, ada sedikit kekecohan di belakang (pentas) tadi," katanya yang cuba menenangkan penonton.

Kumpulan itu kemudian terus memulakan persembahan tanpa membuang masa dengan lagu Kita Peng Yu, Hamba Abdi dan Bahalol.

Walaupun marah dengan kelewatan Mael, persembahan vokalis itu bagaimanapun berjaya memukau penonton seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Mael XPDC Lambat, Konsert Ulangtahun Ke 26 XPDC Terjejas

Kemudian diikuti dengan lagu medley Aku Dan Sesuatu, Hentian Ini dan Titian Perjalanan membuatkan kira-kira 2,000 penonton seakan histeria dan menyanyi bersama-bersama.

Mael sempat berinteraksi dengan penonton menyatakan keterujaannya menghiburkan peminat-peminat selepas sekian lama tidak mengadakan persembahan.

"Terima kasih buat peminat-peminat saya yang sanggup datang berkumpul bersama-sama kami.

"Sebenarnya saya ada skrip untuk bercakap dengan anda semua tetapi kerana 'angin monsun' yang terkena pada saya tadi membuatkan saya tak ingat dah. Yang penting kita layan lagu-lagu zaman muda kita ok!" katanya sebelum meneruskan persembahan.

Dalam pada itu, interaksi Mael dengan penonton-penonton secara spontan membuatkan mereka terhibur dengan gelagatnya yang 'slumber'.

Tidak sampai 15 lagu yang dibawakan dalam konsert itu, namun para penonton tetap gembira dengan persembahan yang disampaikan menerusi lagu-lagu popularnya iaitu Selendang Merdeka, Penyakit Gatal, Jangan Tak Mandi, Nafisa, Hijau Bumi Tuhan dan Puing Cinta.

Konsert itu juga bersempena menyambut ulang tahun XPDC yang ke-26 sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1989.

XPDC menutup persembahan menerusi lagu-lagu terakhir mereka iaitu Apa Nak Dikata, Raja Kertaa, Khilaf, Tak Nak Jadi Sochai dan Semangat Yang Hilang.

Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini  dianjurkan oleh DuaLaris Event.

sumber
http://ift.tt/1Iu5V8T

0 Response to "Mael XPDC Lambat, Konsert Ulangtahun Ke 26 XPDC Terjejas"

Catat Ulasan