Kena saman sebab sticker pada Nombor Plat ?

Peraturan dan undang-undang dalam penggunaan nombar plat kenderaan sudah semakin ketat di Malaysia.
Mana taknya, seorang pemandu ini telah diberikan saman daripada pihak trafik disebabkan nombar plat pendaftaran kenderaannya mempunyai sticker pelekat.
Menerusi surat saman tersebut, tertera kesalahan “Memasang/menampal sticker pada papan no pendaftaran”, yang bertarikh 9 Jun 2015.
Maka ramailah Netizen menganggap saman yang dikeluarkan oleh polis trafik itu tidak masuk akal.
“Tak kan lah yang tu pun nak saman kot? Kami tak rasa pun sticker lambang Kelantan tersebut menghalang nombor-nombor pada platnya,” kata seorang pengguna Facebook.
Melalui pemerhatian kami, mungkin sticker lambang itu dilekat pada jarak yang sangat dekat sehingga boleh mengelirukan orang lain dan pihak berkuasa
Namun jika perkara seperti ini boleh melanggar undang-undang jalan raya, nak tak nak terima lah dengan seadanya.
Jadi kepada pemandu-pemandu di luar sana buat masa ini adalah lebih baik dibuangkan sahaja sticker pada papan no plat anda.-MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Kena saman sebab sticker pada Nombor Plat ? "

Catat Ulasan