Info : Pelajaran besar dari maksiat dan Bencana Alam

Ramai pembaca yang mentelahkan bahawa berlakunya bencana alam yang pelik-pelik di negara kita sejak akhir-akhir ini ada kaitannya dengan pelbagai fenomena alam.
Sebahagian lagi mengaitkannya dengan ancaman Allah tentang kifarah dari perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri. Kali ini kami ingin kaitkan fenomena bencana alam ini dengan gambaran kemurkaan Allah terhadap kerosakan akhlak manusia secara muhkamat dan mutasyabihat.
Baru-baru ini di Nepal yang terkenal dengan wisata Everestnya telah berlaku ‘pembunuhan’ kejam terhadap 250,000 haiwan atas ritual agama. Tidak sanggup untuk melihat gambar pembunuhan kejam itu, apatah lagi bila menontonnya dari rakaman videonya. Selepas itu berlaku gempa bumi 7.8 SR dan beberapa kali gempa susulan yang amat dahsyat.
Di Acheh juga dikhabarkan berlaku pesta maksiat yang keterlaluan pada 25 Disember 2004, sehari sebelum terjadinya Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu jiwa. Peringatan oleh ‘seseorang’ agar mereka ‘beringat’ telah diabaikan dan diperlekeh begitu sahaja.
Tragedi banjir lumpur yang dahsyat pada 26 Desember di Sabah suatu ketika dahulu juga dikatakan berlaku sehari selepas masyarakat setempat berpesta maksiat yang melampaui batas.
Sebelum tragedi gempa bumi di Sabah kelmarin juga terdapat satu kronologi yang sama.
Berita tentang sekumpulan 10 orang asing pendaki gunung Kinabalu berbogel di puncak gunung dan 2 pelancung yang berbogel di sebuah pulau berhadapan Kota Kinabalu telah tersebar luas sebelum bencana itu terjadi.
Isu bogel di pantai PD dan Penang, juga banyaknya kes pembuangan bayi, mabuk dan zina terbuka, juga pelbagai maksiat dalam konsert gila juga mengundang murka.
KUASA TUHAN DAN KEEGOAN MANUSIA
Begitu banyak kisah di mana Allah mengancam manusia dengan pelbagai bentuk bencana alam bagi menyedarkan mereka telah dinukilkan dalam alQuran. Ada yang diancam ribut taufan, bah besar yang menenggelamkan gunung, gempa bumi, gunung berapi, kemarau panjang dan banyak lagi.
Sikap manusia pula suka menganggap semua kisah-kisah sadis yang menimpa orang terdahulu itu sebagai kisah dongeng mereka. Kebanyakan kita tidak pernah perduli kerana kita tidak bersama mereka ketika semua itu terjadi dan apa yang menyebabkan Allah murka sehingga diturunkan bala seberat itu.
Manusia bersikap acuh tak acuh dengan semua kisah-kisah yang sarat dengan ancaman dan pelajaran itu. Kita beranggapan bahawa itu urusan mereka, bukan urusan kita dan bencana tidak bakal terjadi pada kita. BEGITULAH EGONYA MANUSIA.
Yang menjadi kebimbangan sekarang ialah, jika kita tidak memainkan peranan dalam berdakwah dan memberikan peringatan dengan sungguh sungguh, maka bencana yang menimpa tidak hanya mengenai mereka, malah akan turut mengenai kita juga.
QS 10. Yunus 23. Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa hak. Hai manusia, sesungguhnya kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kami-lah kembalimu, lalu Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
QS 4. An Nisaa' 79. Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
QS 8. Al Anfaal 25. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang TIDAK KHUSUS menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.
BEBERAPA ANALOGI ALAM DAN SIKAP MANUSIA
Jika kita hanya melihat kejadian alam seperti adanya, tanpa membaca (iqra’) berdasarkan ilmu yang telah Allah beri pada kita, mungkin tergamak kita gunakan 'kebijaksanaan' dan kedegilan kita untuk menafikannya. Tetapi jika kita padankan dengan ilmu mutasyabihat dari Allah, maka kita dapati tiada ruang lagi untuk kita memberikan alasan.
Dahulu kita di Malaysia jarang ada bencana angin yang amat dahsyat seperti taufan (tornedo) yang membaham apa sahaja di laluannya sepertimana yang sering berlaku di USA. Kini semua itu sering terjadi di sini.
Bahasa analogi/mutasyabihat ANGIN dalam alquran itu dibaca sebagai analogi BERITA.
Selama ini berita yang sampai kepada kita hanya bersifat sepoi-sepoi bahasa, atau dianggap sebagai ‘berita angin’ sahaja. Ia agak bertapis dan memilih-milih subjek, pendengar atau penerimanya. Mahu didengar boleh, tidak mahu perduli pun tidak mengapa.
Sekarang ini, berita yang sampai kepada kita sudah macam ribut dan taufan. Tiada lagi berita rahsia. Ia tidak lagi mengira tentang siapa dan disampaikan kepada siapa. Tidak lagi dalam bentuk angin sepoi bahasa.
Kini, berita tentang apa sahaja, mengenai siapa sahaja mudah jadi viral dan menjadikan semua orang ‘terasa’ dan mudah jadi 'gila'. Tidak kira berita tentang ustaz / ulamak, tentang raja, tentang polis, tentang menteri, semua diredah tidak berkira-kira. Itulah analogi taufan yang membaham semua. Cara penyampaiannya juga bengis dan keras, lengkap dengan bahasa lucah dan sumpah seranah.
TANAH di BUMI itu adalah asal usul KEJADIAN MANUSIA yang juga ada banyak analoginya. Tiada kesejahteraan masyarakat selagi manusia tidak diadili dengan sama rata.
Di akhir zaman / qiamat, bumi akan diratakan. Gunung-ganang yang selama ini megah dan kukuh berdiri juga digoncangkan. Itulah situasi kita hari ini secara analoginya.
Hari ini masyarakat bawahan di bumi sudah tidak tahan lagi menanggung beban tekanan manusia yang berada di gunung yang tinggi, megah dan sombong. Sekali-sekala bumi goncangkan agar yang di atas berguling jatuh dan runtuh.
Demikian juga API KEPANASAN hati rakyat marhaen di perut bumi yang tertindas ditindih gunung yang tinggi, gagah dan megah. Sampai masanya maka meledaklah gunung berapi. Itulah lahar kepanasan dari perut bumi yang menghancurkan gunung yang tinggi. Selepas itu barulah bumi subur semula.
DEMIKIAN JUGA SOAL TSUNAMI. Apabila perut bumi sudah tidak tahan lagi menanggung pelbagai gelagat LAUTAN MANUSIA, maka gegaran diperut laut itu pula akan melimpahkan air yang membaham apa sahaja pada laluannya.
Apabila kerakusan manusia sudah tidak terbendung, maka bumi akan diteroka dan ditarah sesuka hati. Hutan ditebang, bukit digondolkan dan ditarah untuk bercucuk tanam atau membina bangunan. Kerana tamak dan rakus, maka rintihan alami dari rakyat miskin, orang asli dan haiwan ternak tidak lagi kita pedulikan.
Akhirnya turunlah BANJIR BESAR sebesar-besarnya membawa segala sampah sarap ciptaan manusia dan lumpur dari bumi yang dibogelkan permukaannya. Banjir biasa yang selalunya kita terima dengan suka dan berpesta saban tahun bertukar jadi mimpi ngeri. Ini juga ada pelajaran besar untuk kita renung bersama.
KESIMPULAN
Lihatlah sesuatu itu "seperti siapa kita, tidak seperti adanya" semata-mata. Jika alQuran itu dikatakan petunjuk dari Allah, pasti benar-benar ada apa yang mahu Dia tunjukkan. Oleh itu hati-hatilah. Bukalah minda, lapangkanlah dada dalam menerima dan mematuhi segala wahyu Allah agar hidup kita selamat sejahtera.
Tanpa mengurangi simpati dan rasa ikhsan terhadap semua mangsa bencana di mana dan bila pun jua, kami ingin mengajak sekalian manusia agar mendidik nafsu masing-masing. Jangan lagi kita teruskan kebejatan yang melampaui batas.
Allah itu Maha Pencipta. Segala yang kita lihat di mukabumi ini adalah ciptaanNya belaka. Jika ada kehebatan ilmu sihir, magik dan metafizik ciptaan manusia, pastinya Allah selaku pencipta memilikki sesuatu yang jauh lebih hebat dari itu semua.
Oleh itu takutlah kepada Allah. patuhilah segala titah perintahnya dan jauhilah segala larangannya.
Bacalah alquran dengan "kefahaman yang sebenar" sebagai petunjuk yang hak. Jangan kita hanya membaca petunjuk / peta semata-mata tanpa bangkit melaksana dan melakukan apa yang ditunjukkan dalam peta itu untuk kita. Bangkitlah dengan penuh semangat, ikhlas dan berani untuk melaksanakan segala yang Allah telah tunjukkan dan tetapkan di dalam kitabNya.
Marilah perbanyakkan istighfar dan islahkan diri untuk mecari redha ilahi.
Tanpa prejudis,
WARGA PRIHATIN - Sumber

0 Response to "Info : Pelajaran besar dari maksiat dan Bencana Alam "

Catat Ulasan