Ibu Mabuk Potong & Makan Kulit Kepala Anak

Ibu Mabuk Potong & Makan Kulit Kepala Anak | Seorang wanita diikat dan dibelasah orang ramai selepas didakwa memotong dan memakan kulit kepala anak perempuannya sendiri ketika mabuk, Rabu lepas.

Ibu Mabuk Potong & Makan Kulit Kepala Anak

Menurut laporan Dailymail, Bharati Mondal, dua tahun berjaya diselamatkan selepas jeritan kanak-kanak tersebut didengari oleh pakciknya, Dablu Mondal.

Dablu kemudian menemui kakak iparnya, Pramila, 40 sedang memotong dan memakan kulit kepala Bharati.

"Saya sedang berehat di rumah pada waktu tengahari ketika saya mendengar jeritan Bharati.

"Saya pantas merampas Bharati dari Pramila dan bawanya ke Kolej Perubatan dan Hospital Malda," katanya lagi.

Ibu Mabuk Potong & Makan Kulit Kepala Anak

Laporan mengatakan penduduk tempatan yang marah dengan tindakan Pramila mula berkumpul sebelum mengikat dan membelasah wanita berkenaan.

Wanita yang mempunyai tiga orang anak tersebut yang juga merupakan seorang penagih alkohol mengaku melakukan perbuatan tersebut, namun gagal menjelaskan sebabnya.

Ibu Mabuk Potong & Makan Kulit Kepala Anak

Pramila bagaimanapun terselamat selepas adik iparnya, Mamta Mondal memanggil polis yang kemudiannya datang untuk menyuraikan orang ramai.

Polis inspektor, Kishna Das memberitahu bahawa Pramila dibawa ke hospital selepas kejadian.

Pramila dijangkan akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

sumber
http://ift.tt/1C1QbYJ
http://ift.tt/1JoaBOb

0 Response to "Ibu Mabuk Potong & Makan Kulit Kepala Anak"

Catat Ulasan