Gurau Kasar, Leher Lelaki Terkunci Dengan Kunci Basikal

Gurau Kasar, Leher Lelaki Terkunci Dengan Kunci Basikal | Seorang pemuda terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk melepaskan dirinya daripada kunci basikal yang dipakaikan pada lehernya selepas keluar berseronok bersama rakan-rakan.

Gurau Kasar, Leher Lelaki Terkunci Dengan Kunci Basikal

Lelaki berusia 20-an itu dibawa ke balai bomba Coventry oleh ibunya yang berang dengan gurauan rakan mangsa yang menguncikan alat berkenaan pada lehernya ketika dia tertidur.

Malangnya, anak kunci berkenaan hilang menyebabkan mereka tidak dapat membukanya.

Lelaki itu menghabiskan tiga jam cuba menanggalkan sendiri kunci basikal itu sebelum ibunya bertindak membawanya ke balai bomba.

Lebih malang lagi peralatan di balai bomba itu tidak cukup kuat untuk memotong keluli berkenaan menyebabkan mereka terpaksa mencari alat pengisar sudut, 19 kilometer dari situ.

sumber
http://ift.tt/1fzUzUF

0 Response to "Gurau Kasar, Leher Lelaki Terkunci Dengan Kunci Basikal"

Catat Ulasan