Pelumba negara Muhammad Zamri Baba masih ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pertamedika Sentul City selepas terbabit dengan kemalangan ketika Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, semalam.
Pengurus pasukan MUSASHi Boon Siew Honda Zulhelmi Ahmad menerusi satu kenyataan berkata, rakan sepasukan Zamri ketika ini turut berada di Indonesia untuk membantu pelumba berusia 31 tahun itu mendapatkan rawatan terbaik.
"Antaranya, termasuk kemungkinan memindahkan Zamri ke hospital lain sebaik dia mendapat pelepasan dari hospital sekarang.
“Pasukan juga mengambil inisiatif menerbangkan keluarga Zamri ke Indonesia," katanya.
Pada perlumbaan semalam, Zamri dilanggar seorang pelumba selepas dia terbabas di pusingan kedua Perlumbaan 1 menyebabkan mengalami kecederaan pada kaki sebelum dikejarkan ke hospital 10 minit kemudian. - BS HM
0 Response to "Gambar Zamri Baba bertarung nyawa masih kritikal di ICU "
Catat Ulasan